AMK 2017 terima penyertaan tertinggi

Memasuki 11 tahun penganjuran Anugerah Media Kesihatan, tahun 2017 mencatat penyertaan tertinggi dalam kalangan pengamal media tempatan.

18 kategori dipertandingkan dan 346 penyertaan diterima oleh Malaysian Press Institute (MPI) yang dilantik sebagai Sekretariat Penghakiman Anugerah Media Kesihatan 2017 (AMK 2017).

Bertempat di Sunway Putra Hotel pada 7 September yang lalu menyaksikan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi insiatifnya tanpa gagal menganjurkan Anugerah Media Kesihatan sejak tahun 2006.

Majlis penyampaian anugerah yang bertemakan “Black and White” dihadiri oleh Timbalan Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya serta tetamu kehormat yang lain antaranya Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, YBhg Datuk Seri Dr. Chen Chaw Min; Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dan YBhg Datuk Dr. Chamil Wariya, Ketua Pegawai Eksekutif MPI merangkap Pengerusi Panel Pemilih AMK 2017.

Hilmi dalam ucapannya menyatakan “maklumat mengenai kesihatan yang disiarkan oleh media bukan sahaja menyumbang kepada peningkatan pengetahuan mengenai kesihatan secara amnya tetapi juga telah mendorong rakyat supaya mendapatkan perkhidmatan serta menyertai pelbagai program yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan”.

Beliau juga berharap agar pihak media akan terus memainkan peranan membantu kementerian membuat liputan dan menghasilkan bahan berita yang menarik dan memberikan manfaat kepada masyarakat menerusi pengiktirafan yang diberikan.

Untuk rekod, MPI telah dilantik sebagai Sekretariat Penghakiman bagi tempoh 11 tahun penganjuran Anugerah Media Kesihatan.

Untuk senarai penuh pemenang sila tekan disini.

Rangkuman Gambar-gambar:

Sept 20 AMK 2017 01