Anugerah Media Kesihatan 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Anugerah Media Kesihatan 2013 anjuran Kementerian Kesihatan kini telah dibuka untuk penyertaan mulai 11 Mac 2013.

Tahun ini, terdapat 14 kategori yang dipertandingkan untuk disertai oleh para wartawan dan juga pertubuhan media Tuan. Buat julung-julung kalinya, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan MPI, membuka satu kategori khas bagi warga pengamal media baru / online / blog , iaitu Anugerah Penulisan Media Baru – Blog , bagi mengiktiraf bakat penulis-penulis kesihatan media baru.

Pihak MPI mengalu-alukan penyertaan para karyawan media dimana hanya karya-karya yang diterbit sepanjang tahun 2012 sahaja yang boleh dipertandingkan. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 1 Mei 2013.

Penyampaian anugerah kepada para pemenang akan diadakan pada Majlis Anugerah Media yang dijadualkan pada akhir bulan Jun 2013. Tarikh majlis diramal diadakan pada 28 Jun 2013 atau 29 Jun 2013.

Berikut adalah pautan untuk muat turun, lihat ataupun simpan  :

Borang Penyertaan
Kriteria & Kategori Pencalonan Bahan

Jika ada sebarang pertanyaan, bolehlah berhubung terus dengan Penyelaras Anugerah Media Kesihatan, En. Salman di talian 03-20952013 / 14 atau e-mail bukitledangmpi@yahoo.com .