Anugerah “Greentech Journalism” 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa penyertaan Anugerah Kewartawanan Hijau 2013 anjuran bersama Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) serta Malaysian Green Technology Corporation (MGTC), telah dibuka mulai 15 Jun 2013 lalu. Anugerah ini diteruskan bagi menghargai sumbangan karyawan terhadap masyarakat dalam memupuk kepentingan teknologi hijau serta kesannya pada persekitaran.

Terdapat 5 kategori yang dipertandingkan berbanding tahun lalu iaitu hanya 3 kategori sahaja. Tahun ini kategori akhbar diganti dengan kategori media cetak, dimana media akhbar dan majalah akan bertanding serentak serta penambahan 2 kategori bahasa media cetak iaitu bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Manakala kategori penyiaran TV kekal seperti biasa.

Pihak MPI dengan ini mengalu-alukan penyertaan para karyawan organisasi media. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Julai 2013. Bahan penyertaan yang pernah diterbit atau disiar sepanjang tahun 2012 sahaja yang layak bertanding.

Borang penyertaan dan kriteria pertandingan boleh didapati pada pautan dibawah :

Borang Penyertaan Anugerah “Greentech Journalism” 2013
Kriteria Am & Khusus Anugerah “Greentech Journalism” 2013

Mohon kerjasama peserta untuk pastikan bahan-bahan dihantar mengikut jadual ditetapkan bagi memudahkan kerja-kerja penghakiman.