Malam Wartawan 13 Julai 2018

April 13 – Meriah! Itu yang dapat digambarkan pada majlis penyerahan sumbangan sempena Malam Wartawan Malaysia 2018 yang berlangsung semalam.

Seramai hampir 90 orang hadir ke majlis pra Malam Wartawan Malaysia 2018 anjuran MPI bertempat di Bistro Hall, WOW KL! , Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Majlis yang bermatlamat meraikan kalangan penaja dan penyumbang yang senantiasa menyokong penganjuran acara tahunan MPI itu turut mengumumkan 13 Julai 2018 sebagai tarikh penganjuran Malam Wartawan Malaysia 2018 yang bakal diadakan di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur.

Beberapa nama baharu yang menyokong dan menyertai majlis anjuran MPI itu antaranya Sarawak Energy Berhad, Express Rail Link Sdn Bhd, Ranhill Holdings Berhad, Chemical Company Malaysia dan Cyberview Sdn Bhd.

MPI juga mengalu-alukan penyertaan syarikat korporat, kementerian mahupun agensi di bawahnya untuk sama-sama menyertai Malam Wartawan Malaysia dengan mengesahkan penajaan masing-masing.

Tekan sini untuk senarai penuh kehadiran penaja MWM 2018.

 

Rakaman gambar-gambar

1. Para tetamu dan media mendaftarkan diri masing-masing.
2. Suasana sebelum majlis bermula.
3. Gambar kanan bawah sekali, Puan Ramizah diberi tanggungjawab mengacarakan majlis dan reaksi para tetamu yang dirakamkan semasa ucapan alu-aluan disampaikan oleh Datuk Dr. Chamil (kiri sekali).
4. MPI yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Chamil (tengah) mengambil tempat di pentas utama sebelum majlis penyerahan sumbangan dimulakan. Turut kelihatan Datuk Mustapa Omar (dua dari kiri), Ahli Lembaga Pemegang Amanah serta Ahli Majlis Pentadbirnya (dari kiri), Encik Mohd Azri Atan, Datuk Zakaria Abd Wahab dan Encik Foo Tick Fat.
5. Majlis penyerahan sumbangan yang dimulakan dengan nilai penajaan RM7,500 dan wakil penaja terdiri daripada (no 1 – 8) Affin Bank Berhad, Berjaya Corporation Berhad, Chemical Company Malaysia,Cuberview Sdn Bhd, Prolintas Sdn Bhd, SME Bank Berhad, Technology Park Malaysia dan Pharmaniaga Berhad.
6. Diikuti dengan tajaan bernilai RM 10,000 yang disampaikan oleh wakil penaja iaitu (no 1-10) AmBank Group Berhad, Bank Simpanan Nasional, Ekuiti Nasional Berhad, Express Rail Link Sdn Bhd, Lembaga Pembagunan Industri Pembinaan (CIDB), MRCB, Prasarana Malaysia Berhad, Ranhill Holdings Berhad, UDA Holdings Berhad dan UEM Group Berhad.
7. MPI juga menerima tajaan bernilai RM20,000 daripada wakil penaja yang terdiri daripada (no 1 -5) EXIM Bank, Celcom Axiata Berhad, Lembaga Tabung Haji, Sarawak Energy Berhad dan Tenaga Nasional Berhad.
8. Grup foto bersama wakil penaja dan replika masing-masing tanda sokongan kepada MPI dalam penganjuran Malam Wartawan Malaysia 2018.
9. Datuk Dr. Chamil beramah mesra dengan para tetamu sebelum jamuan tengah hari.
10. Rakan-rakan media mendapatkan Datuk Dr. Chamil untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung Malam Wartawan Malaysia 2018.