Mengasuh wartawan supaya berani bertanya

Lazimnya, pengamal media terutamanya bagi yang baru meceburkan diri dalam dunia kewartawanan akan merasa ‘tertekan’ semasa menghadiri sidang media. Mereka agak takut atau malu untuk mengutarakan soalan. Lebih-lebih lagi jika sidang media tersebut berkisar dalam bidang teknikal yang memerlukan kefahaman dalam bidang.

Dengan itu, MPI dengan kerjasama ExxonMobil telah mengajurkan bengkel ‘DARE TO ASK’ (Berani Bertanya) yang bukan sahaja memberi pendedahan meyeluruh mengenai aktiviti huluan dan hiliran industri minyak dan gas tetapi juga dibawa melawat ke Kemaman Supply Base’, Kemaman, Terengganu untuk melihat sendiri operasi simpanan dan bekalan sebelum diedarkan ke pelantar –pelantar minyak luar pesisiran.

Bengkel dua hari itu berlangsung pada 18 dan 19 Januari di Kuala Lumpur dan juga Kemaman, Terenggau.

Dato’ Wong Sai Wai, Pengarang Eksekutif, The Star telah dipertanggungjawabkan sebagai fasilitator. Beliau telah berkongsi pengalaman dan kemahiran dengan para peserta pada hari pertama kursus mengenai teknik-teknik bertanya soalan dengan tepat dan berkesan.

Peserta juga menulis berita mengenai sidang media yang diadakan pada sesi pagi bersama pegawai-pegawai kanan ExxonMobil.  Seramai 16 peserta dibahagikan kepada empat kumpulan yang mana setiap satu membuat laporan mengikut selera pembaca iaitu bagi majalah bisnes, majalah industri minyak dan gas, akhbar nasional dan akhbar tabloid. Semua laporan kemudiannya dianalisakan oleh Dato’  untuk mempastikan ketepatan berita.

Pegawai-pegawai kanan ExxonMobil, Tuan Syed Helmi Syed Mohsin, Pengurus Operasi Logistk, Encik James Wong, Pengurus Kanan Projek, Tapis Enhanced Oil Recovery (EOR) and Telok Projects, Ir Zaba Ab Rahim, Pengurus Projek, Tapis Enhanced Oil Recovery (EOR),  Encik Balasundra K. Rajoo, Shorebase Manager dan Puan Jocelyne Shu, Public and Government Affairs turut bersama untuk menjayakan program tersebut. – Maimunah Rashid, Konsultan Latihan

 

 

One thought on “Mengasuh wartawan supaya berani bertanya

  1. […] Bengkel Berani Bertanya […]

Comments are closed.