Enam wartawan antara pelajar baru UUMKL

Enam orang pengamal media adalah antara pelajar baru yang mendaftar untuk memulakan pengajian dalam bidang komunikasi pada peringkat sarjana di kampus Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur (UUMKL) apabila semester baru sesi akademik 2012/2013 bermula pada September lalu.

Mereka merupakan kumpulan pertama wartawan yang akan mengikuti program Sarjana Sains (Komunikasi Kepengurusan) di universiti itu yang dijayakan dengan kerjasama Malaysian Press Institute (MPI).

Para wartawan itu ialah: Anush A/P Karuppiaya, Muhammad Izawan Baharin, Murni Wan Omar,  Naimah Salleh, Nuzatul Shima Sulaiman dan Siti Athirah Dzulkifly.

11 orang wartawan telah ditawarkan untuk program sarjana sains itu. Bakinya dijangka mendaftar selepas ini. Kuliah diadakan pada setiap hujung minggu bermula pada 8 September.

Mereka akan mengikuti program tersebut antara empat hingga 10 semester bergantung kepada kredit jam subjek yang diambil. Bayaran yuran bagi setiap satu semester dianggarkan RM1,500.00. Kos keseluruhan Sarjana Sains Komunikasi Kepengurusan adalah sekitar RM15,000.00.

Pada majlis pendaftaran pada 1 September, para pelajar baru UUM itu telah diberi taklimat tentang kursus yang diikuti oleh Pengarah UUMKL, Profesor Datuk Mohd Yusof Kasim.

1, 2, dan 3: Wajah-wajah ceria pelajar baru UUM pada hari pendaftaran sesi akademic 2012/2013 pada 1 September 2012 di UUMKL. Enam antara pelajar itu adalah pengamal media yang mengikuti program Sarjana Sains Komunikasi Kepengurusan.

4. Pengarah UUMKL Profesor Datuk Mohd Yusof Kasim, sedang memberi taklimat kepada para pelajar baru pada hari pendaftaran pada 1 September 2012.

One thought on “Enam wartawan antara pelajar baru UUMKL

  1. […] Kuala Lumpur (UUMKL) apabila semester baru sesi akademik 2012/2013 bermula pada September lalu. Baca seterusnya… This entry was posted in Uncategorized by admin. Bookmark the […]

Comments are closed.