Meembar Halal Media Award

Sukacitanya Meembar, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dan MPI berkerjasama mengadakan Anugerah Media Halal Meembar sebagai pengiktirafan dan penghormatan kepada karyawan atau pengamal media yang telah memberi sumbangan besar dalam usaha menyalurkan maklumat mengenai industri halal Malaysia.

Terdapat 4 kategori yang dipertandingkan untuk disertai oleh wartawan cetak, portal, siaran, mahupun pengamal media, iaitu kategori media cetak & portal berita, media penyiaran televisyen, radio, dan media sosial.

Pihak MPI dengan ini mengalu-alukan penyertaan para karyawan dari mana-mana organisasi media ataupun individu dimana hanya karya-karya yang diterbit dari 1 Januari 2018 hingga 15 Feb 2019 sahaja yang boleh dipertandingkan. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 20 Februari 2019.

Borang penyertaan & butiran kriteria boleh didapati disini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aplikasi Meembar, boleh kunjungi ke laman sesawang www.meembar.com 

Manakala pula ini pautan laman sesawang bagi JAKIM : www.islam.gov.my .

Jika ada sebarang pertanyaan, bolehlah berhubung terus dengan Urusetia Anugerah, En. Salman di talian 03-8689 2717 / 2718 / 2719 atau e-mail bukitledangmpi@yahoo.com .