MPI anjur Bengkel Penyampai Berita TV untuk TM

Buat pertama kalinya, Malaysian Press Institute (MPI) telah menganjurkan Bengkel Teknik Penyampaian TV Berkesan untuk kakitangan Telekom Malaysia (TM) yang terbabit dalam mengacarakan program berita yang disiarkan secara dalam talian menerusi halaman web syarikat telekomunikasi negara itu pada 6 April 2017 lalu.

Bengkel sehari tersebut telah diadakan di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam kompleks Radio dan Television  Malaysia (RTM) di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

IPPTAR dipilih sebagai lokasi latihan kerana institut itu mempunyai kemudahan latihan yang lengkap (antaranya studio dan peralatan kamera) untuk program seumpama itu.

Penceramah bengkel tersebut ialah mantan peneraju berita/wartawan siaran TV3, Yusanani Yushak yang juga pensyarah sambilan IPPTAR.

Seramai 29 orang peserta mengikuti program tersebut.

Selain didedahkan kepada prinsip-prinsip penting untuk menjadi penyampai berita TV yang berkesan, para peserta juga telah didedahkan dengan latihan amali menyampai berita di studio menggunakan skrip yang mereka hasilkan sendiri; mengendalikan temuramah di lokasi dan juga di studio dan teknik membaca skrip yang betul supaya mesej yang ingin disampaikan kepada khalayak difahami.

Mereka juga diberi bimbingan mengenai etika berpakaian, pentingnya solekan dan dandanan yang sesuai sebagai penyampai berita TV supaya penampilan mereka kelihatan berwibawa sewaktu muncul di kaca TV atau dalam talian.

Rata-rata para peserta berpuashati dengan bengkel tersebut. Malah ada yang berpendapat bahawa bengkel sehari adalah tidak mencukupi untuk mereka memahami selok belok menjadi penyampai berita TV yang berkesan.

Penolong Pengurus Latihan MPI, Norhafiza Kamaludin pula berkata, pihaknya bercadang untuk mengadakan beberapa bengkel teknik penyampaian berita berkesan ini pada masa-masa akan dating.

Menurut beliau sasaran program itu bukan sahaja para penyampai stesen berita tetapi saluran TV akhbar-akhbar dalam talian yang sekarang ini berlumba-lumba memperkenalkan program TV masing-masing.

“MPI juga bersedia menganjurkan bengkel yang serupa jika ada permintaan daripada badan-badan korporat yang juga mempunyai siaran berita TV dalaman seperti Telekom Malaysia,” ujar Fiza.

Sebagai bukti keberkesanan bengkel penyampaian berita TV untuk TM, berikut adalah pandangan tiga orang peserta yang telah mengikuti bengkel tersebut.

BengkelPenyampaiTM 011. Encik Azwan Hakim Sirajudin, Assistant General Manager Internal Communication, Group Brand & Communication

Sudah tentu bengkel ini banyak membantu saya dalam penyediaan untuk berhadapan dengan kamera dan juga cara melontarkan suara dengan betul. Bengkel ini memang patut dipanjangkan tetapi terdapat kekangan dari segi bajet dan cabaran-cabaran lain yang dihadapi. Lagipun TM bukanlah sepenuhnya “media house” yang menyiarkan berita setiap hari dan hanya sekadar  berita dalam untuk tontonan staf-staf TM sahaja. Bengkel ini banyak memberi pendedahan kepada para peserta dan juga keseluruhan  krew penerbitan supaya ianya berjalan lancar. Semua tip yang diberikan oleh penceramah  telah sampai kepada para peserta dan akan digunakan semasa menyampaikan berita mereka nanti.

BengkelPenyampaiTM 022. Cik Nur Ain binti Adnan Khusnan, Pembantu Pegawai Sokongan Complaint Management Team, Customer Experience Management Kuala Lumpur, CEMT

Bengkel sehari ini memang tidak cukup jika ingin belajar dengan lebih mendalam, sekadar pengenalan sahaja untuk saya. Saya menyarankan agar bengkel tersebut dapat dibuat susulan lagi selepas ini. Ini adalah kerana ianya sangat bagus kerana penceramah akan terus memberi komen dengan ikhlas selepas para peserta menyampaikan persembahan mereka. Walaupun sehari ianya memang membantu saya yang “zero knowledge” dan saya mendapat idea-idea baharu selepas menghadiri bengkel ini.

BengkelPenyampaiTM 033. Cik Noor Aiman Suhairi, Manager Customer Experience Management & Transformation (CEMT)

Saya ingin buat praktikal untuk kali kedua agar kesalahan di sesi pertama tadi dapat diperbetulkan tetapi disebabkan satu hari memang tidak mencukupi dan berharap agar TM dapat membuat susulan kursus lagi selepas ini. Kesemua tip yang diberikan oleh penceramah boleh digunapakai ditempat kerja dan review daripada penceramah kepada para peserta sangat penting.

Berikut rakaman gambar-gambar semasa kuliah, praktikal dan berkumpulan bersama penceramah di dalam bengkel tersebut yang dikendalikan oleh Yusanani Yushak, mantan peneraju Buletin Utama, TV3 yang juga pensyarah sambilan di IPPTAR.

BengkelPenyampaiTM 04 BengkelPenyampaiTM 05 BengkelPenyampaiTM 06 BengkelPenyampaiTM 07 BengkelPenyampaiTM 08 BengkelPenyampaiTM 09 BengkelPenyampaiTM 10 BengkelPenyampaiTM 11