Pendedahan berkenaan keganasan dan cara liputan berita pengganas dapat dipelajari

Kursus kedua “Workshop on Role of Media in Covering Violent Extremism (CVE) & Radicalization Leading to Terrorism” anjuran Malaysian Press Institute (MPI) dengan kerjasama Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dan Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) telah berlangsung dengan jayanya pada 30 September – 2 Oktober 2018 di Hotel Perdana Kota Bharu Kelantan.

Kursus yang dihadiri seramai 26 pengamal media dari pantai timur, utara Semenanjung dan juga Kuala Lumpur ini diwakili oleh TV Alhijrah, Makkal Osai, Sinar Harian, Kosmo, RTM, TV3,  Utusan Malaysia, BERNAMA dan NSTP.

Dengan barisan penceramah yang sangat berpengalaman dan berpengetahuan, maka kursus selama 2 hari setengah ini telah banyak memberi kefahaman mengenai isu-isu pengganas dari sudut yang lebih mendalam kepada para peserta. Para peserta dapat menyingkap isu keganasan di sebalik tabir yang media kurang jelas sebelum ini dan bagaimana media perlu melaporkan isu berkenaan. Selain itu, peserta juga dapat penerangan tentang undang-undang dan contoh kes yang amat berkesan dan berguna.

Pendedahan di lapangan bersama Unit Pemusnah Bom dari Bukit Aman, KL juga telah memberi pengalaman baharu kepada peserta berkaitan cara mengendalikan ancaman bom. Satu pertunjukan letupan bom juga telah dikongsi bersama para peserta.

Secara keseluruhannya, matlamat kursus sampai kepada peserta dengan topik dan kandungan yang diketengahkan dan peserta berharap agar kursus ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan dengan mencadangkan agar perkongsian pengalaman bersama wartawan yang pernah membuat liputan berkenaan isu-isu pengganas ini dapat dikongsi bersama para peserta. Selain itu, ianya telah memberi penambahan pengetahuan luas kepada pihak media terutama wartawan di mana topik yang diberikan ini sesuai dengan tema keganasan dunia seperti Militan, IS dan sebagainya yang boleh membawa impak kepada dunia.

Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Her Excellency Kamala Shirin Lakhdhir telah menyempurnakan Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil Penyertaan kepada para peserta kursus di Kota Bharu Kelantan. Sebelum itu, kursus yang sama juga telah diadakan di Melaka dan Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh Mr. Morgan J.O’Brien III, Press Attache’, U.S Embassy, Kuala Lumpur.

Berikut merupakan rangkuman gambar-gambar sepanjang kursus berlangsung:

 

1. Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Dr. Chamil Wariya ketika menyampaikan Kata-kata Aluan di bengkel tersebut.

2. Encik Shazryll Zahiran, Timbalan Ketua Pengarah 1, SEARCCT memulakan Sesi Pengenalan berkenaan Mencegah Keganasan.

3. Para peserta bergambar kumpulan bersama wakil MPI & SEARCCT sebelum memulakan kursus.

4. Peserta diberi penerangan berkenaan tujuan kursus diadakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MPI.

5. Sesi pertama bermula dengan ACP Tuan Azman bin Omar dari Polis Diraja Malaysia Bukit Aman (kanan) diikuti dengan Tuan Shahriman bin Ab Rashid dari Kementerian Dalam Negeri.

6. Peserta dari RTM Penang, En Philendran bertanyakan soalan kepada ACP Tuan Azman berkenaan keseriusan isu keganasan di Malaysia.

7. Penceramah seterusnya, Assoc. Prof Mohd Hizam Hanafiah, Pensyarah dari UKM dan Encik Asrul Daniel Ahmed dari SEARCCT menerima cenderahati daripada CEO MPI setelah kedua-dua mereka selesai menyampaikan ceramah masing-masing.

8. Cik Rahayu Mustafa dari Sinar Harian bertanyakan soalan kepada salah seorang penceramah berkenaan isu ‘terrorist’ di media sosial.

9. Ms Dana Williams, Pengarang Eksekutif, Pacific Daily News, Guam sekali lagi berkongsi pengalaman beliau sebagai wartawan penyiasatan bersama peserta kursus di Kota Bharu pula.

10. Peserta yang paling banyak bertanyakan soalan kepada penceramah, Encik Mohd Zailan bin Abd Rahman dari Sinar Harian, Kota Bharu.

11. ASP Tuan Kamaruzzaman Basri, Ketua Pusat Data Bom Malaysia menerangkan tentang jenis-jenis bom dan cara untuk mengendalikannya.

12. Salah seorang pegawai dari Pusat Data Bom Malaysia Bukit Aman menekankan langkah-langkah yang perlu dipatuhi sebelum mematikan sesuatu bom apabila mendapat panggilan daripada orang awam.

13. Antara peserta yang hadir mendengar dengan penuh khusyuk setiap sesi ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan.

14. Prof. Datuk Salleh Buang yang berfikiran “out of the box” terhadapa Daesh tidak hanya berdasarkan fakta normal terhadap pengganas telah menjadi penceramah kesukaan para peserta.

15. Dokumentari multimedia bertajuk “Road to Radicalization” yang dikongsikan oleh Encik Zan Azlee telah banyak menimbulkan persoalan kepada para peserta.

16. Dua orang penceramah dari FAT BIDIN MEDIA, En Zan Azlee (kanan) dan En Ezra Zaid (kiri) menerangkan secara terperinci berkenaan dokumentari yang telah ditayangkan.

17. Datuk Dr Chamil Wariya dari MPI (kanan) dan Encik Shazryll Zahiran dari SEARCCT (kiri) ketika menyambut ketibaan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Her Excellency Kamala Shirin Lakhdhir di lobi hotel untuk Majlis Penutupan.

18. Datuk Dr. Chamil Wariya, Ketua Pegawai Eksekutif MPI ketika menyampaikan Ucapan Penutup “Workshop on Role Of Media in Covering Violent Extremesim (CVE) & Radicalization Leading to Terrorism” di Kota Bharu, Kelantan.

19. Datuk Dr Chamil sempat bertanyakan pendapat daripada salah seorang peserta dari RTM Kota Bharu, Puan Majidah Ismail tentang keberkesanaan kursus ini kepada beliau di Majlis Penutupan kursus tersebut.

20. Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Her Excellency Kamala Shirin Lakhdhir telah menyempurnakan Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil kepada para peserta kursus di Kota Bharu Kelantan.

21. Her Excellency Kamala Shirin Lakhdhir, Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia sedang menerima cenderahati daripada Datuk Dr. Chamil Wariya, Ketua Pegawai Eksekutif MPI sambil diperhatikan oleh Encik Shazryll Zahiran, Timbalan Ketua Pengarah 1, SEARCCT (kiri).

22. Para peserta kursus bergambar kenangan bersama Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia Her Excellency Kamala Shirin Lakhdhir (tengah) bersama sijil masing-masing.