Teruja dengan pendedahan media digital

Dunia Digital dan Multimedia memang tidak dapat dipisahkan. Oleh itu, Malaysian Press Institute (MPI) sekali lagi mengadakan Kursus Kewartawanan Digital & Multimedia selama tiga hari  bermula 26 hingga 28 Jun 2018 di Hotel Holiday Villa Subang Jaya, Selangor.

Empat penceramah berpengalaman dalam bidang masing-masing telah dijemput untuk berkongsi pengalaman bersama 10 pengamal komunikasi korporat dan juga pengamal media. Antaranya adalah PLUS seramai 3 orang peserta, Icon Production 2 orang, JKR Sarawak 2 orang, UIAM seorang dan 2 orang dari Borneo Post Sarawak.

Antara penceramah yang dijemput adalah Puan Hasnah  Mohd. Saleh, Munsyi  Dewan, Dewan  Bahasa  &  Pustaka, Encik Zainal Abdul Halim, Professional Photographer mantan Wartawan Foto Reuter, Encik Ahmad Shaifullizam Arshad (GBAM), Pengurus, Digital & Kandungan, Star Media Radio Grup dan Datuk Ahirudin bin Attan, Blogger, Rocky Bru bersama Encik Mohamad Zakhir Mohamad yang lebih dikenali sebagai Big Dog. Beliau ialah Ketua Eksekutif portal berita The Mole.

Sesi dimulakan dengan Pn. Hasnah Mohd. Saleh yang menekankan penggunaan tatabahasa yang betul di Laman Web / Blog.

Sesi seterusnya Encik Zainal Abdul Halim dengan ‘Digital Photography & Photoshop Indesign’.

Encik GBam meneruskan sesi berikutnya untuk hari kedua mengenai Multimedia Journalism dan Video Production.

Sesi terakhir Datuk Ahirudin Attan (berdiri, kiri) dan Encik Mohamad Zakhir Mohamad mengenai penulisan di Blog / Laman Web.

Di akhir kursus sesi bergambar kenangan dan penyampaian sijil kepada para peserta.