MPI: empat tahun pertama sebagai Yayasan

Pembentangan Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Chamil Wariya di Pemukiman Lampas Firkir MPI pada 12 hingga 14 Disember 2011 di Melaka. Pemukiman ini dihadiri oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Ahli Majlis Pentadbir dan petugas Sekretariat MPI.

Pengenalan

Walaupun Malaysian Press Institute (MPI) telah diinstitusikan sebagai sebuah yayasan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 13 April 2007, tetapi ia bergerak sepenuhnya dengan status barunya itu mulai 1 Januari 2008 setelah mendapat suntikan gran bernilai RM5 juta daripada Kerajaan Malaysia yang disalurkan menerusi Kementerian Penerangan ketika itu. Dengan kedudukan kewangan yang lebih baik, MPI telah berupaya untuk mengadakan program-program latihan yang lebih berstruktur mulai 2008 khusus untuk golongan wartawan di negara ini. Di samping itu, sebagai memenuhi hasrat Menteri Penerangan waktu itu, Tan Sri Zainudin Maidin, MPI juga memperkenalkan suatu program latihan antarabangsa untuk wartawan muda dunia membangun, dikenali International Journalism Fellowship (IJF). MPI juga mengekalkan peranannya sebagai entiti yang mengiktiraf hasil kewartawanan terbaik pada peringkat nasional, di samping bertindak sebagai urusetia penghakiman bagi sebilangan anugerah kewartawanan yang lain. Ia juga mula mengorak langkah dalam bidang penerbitan buku-buku tentang kewartawanan dan penulisan. Dalam upaya untuk meningkatkan lagi profil MPI, ia telah menjalin kerajasama dengan pelbagai pihak  yang seminat– dalam dan luar negara untuk dijadikan rakan kongsi bagi merangka program latihan, penerbitan dan penyelidikan dalam bidang kewartawanan, media dan komunikasi

Pancang tanda utama, 2008-2011

  • 13 April 2007 – pendaftaran menjadi sebuah Yayasan diluluskan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi.
  • 27 Mei 2007 – Memorandum Persefahaman dimeterai dengan Thomson Foundation, Cardiff, United Kingdom untuk bekerjasama dalam bidang latihan. Dua IJF pertama 2008 dan 2009 telah dijayakan dengan kerjasama Thomson. Di samping itu dengan kerjasama pakar yang dihantar, latihan berasingan telah diadakan untuk wartawan tempatan.
  • 1 Januari 2008 – MPI bergerak sepenuhnya sebagai Yayasan yang tidak membuat keuntungan.
  • 13 April 2008 – Program pertama IJF dilancarkan oleh Menteri Penerangan, Datuk Seri Ahmad Shabery Chik di Rumah Universiti, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
  • 26 Mei 2009 – berpindah ke premis baru, sebuah kuarters kerajaan di 2945, Jalan Bukit Ledang, off Jalan Duta, Kuala Lumpur.
  • 2 September 2009 – Memeterai perjanjian dengan PETRONAS untuk meneruskan penajaan Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI PETRONAS untuk tempoh lima tahun sehingga 2014. Hadiah yang ditawarkan: RM300,000.00 bagi 13 kategori yang dipertandingan.
  • 21 Februari 2011 – Program Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf bagi pihak Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Rais Yatim.
  • 13 Mac 2011 – Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi mengadakan kursus akademik pada peringkat sarjana, bermula September 2011. Program khusus untuk golongan wartawan ini bagaimanapun tidak dapat dijayakan kerana tidak cukup peserta.

Fokus program MPI

Fokus program  MPI adalah dalam bidang kewartawanan dan secara lebih spesifik dihalakan khusus untuk golongan wartawan yang berkhidmat dengan organisasi media, baik yang secara langsung menganggotai MPI atau tidak. Lantaran itu program MPI, dalam bidang latihan dan bukan latihan bertujuan untuk:

  • Memupuk kewartawanan beretika dan bertanggungjawab
  • Menajamkan kemahiran kewartawanan pengamal media.
  • Meningkatkan ilmu dan pengetahuan sokongan  mengenai bidang-bidang tertentu khususnya di kalangan wartawan baru.
  • Menyemai pemahaman kenegaraan terutamanya di kalangan wartawan muda.
  • Menambah kelayakan akademik wartawan pada tahap yang lebih tinggi.
  • Mengiktiraf pencapaian kewartawanan melalui hadiah dan anugerah
  • Memerbitkan penerbitan khusus tentang kewartawanan, media dan komunikasi
  • Menyediakan satu telaga sumber pakar-pakar dan jurulatih dalam bidang kewartawanan dalam dan luar negara terutama di kalangan wartawan dan ahli akademik yang berpengalaman tinggi.
  • Menyediakan barisan juri dan hakim yang berwibawa untuk mengadili hadiah dan anugerah kewartawan.
  • Membina jaringan dengan organisasi yang sama minat – dalam dan di luar negara – dalam bidang kewartawanan.
  • Menjadi jambatan, mengeratkan hubungan bilik berita dengan pengamal media komunikasi korporat

Ciri unik program latihan MPI

Mengambil kira bahawa program latihan dan kursus MPI ditujukan kepada golongan wartawan yang bekerja sepenuh masa, maka kursus-kursus yang MPI anjurkan lazimnya:

  • Disediakan percuma (sekiranya dapat penaja) atau dikenakan kos yang minimum
  • Durasi: dua atau tiga hari – kecuali bagi program IJF dan Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia.
  • Berbentuk bengkel atau praktikal iaitu adunan kulihan dan latihan kerja
  • Memenuhi keperluan semasa industri  kewartawanan dan organisasi berita (seperti new tools for multimedia reporting, media and the law)
  • Umum untuk pengamal media, tanpa mengira di mana wartawan bekerja atau spesifik (seperti yang diminta oleh TV3 tentang kewartawanan penyiasatan atau perhubungan media untuk pegawai-pegawai penerangan/komunikasi korporat pelbagai jabatan kerajaan Negeri Sarawak.

Kursus dan latihan 2008-2011

Tahun

Bilangan Kursus

Bilangan Peserta

2008

10

206

2009

12

344

2010

11

301

2011

15

275

Jumlah

48

1126

Pecahan kursus dan latihan 2008-2009

  • International Journalism Fellowship (IJF)

 

Tahun

 

Jumlah Peserta 

2008

32

2009

18

2010

20

2011

19

Total

89

  • Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia

–          Pertama kali diadakan pada 21/2 hingga 17/3/2011

–          Seramai 18 orang wartawan muda termasuk Sabah dan Sarawak mengikuti kursus ini

  • Media and the law

Tarikh

Bilangan Peserta

18 – 20/5/2010

28

25 – 27/1/2011

30

18/10/2011

17

Jumlah Peserta

75

  • Media Relations

–          Kursus Perhubungan Media untuk Pegawai – Pegawai Perhubungan Awam Negeri Sarawak (2010)

–          Effective Writing Workshop : Media Releases, Letter to Editors & Pitching Stories to National Medias (2011)

–          Jumlah peserta : 2008 (25), 2009 (29), 2010 (33), 2010 (42 – Jabatan Penerangan) dan 2011 (34)

  • Feature/Narative writing & ethics

–          Workshop on Narrative Journalism & Ethics with Associate Prof Janet E. Steele (2009)

–          Bengkel Media : Menghasilkan Karya yang Memenangi Anugerah Kewartawanan dan Beretika (2009)

–          Feature / Narrative Writing Workshop (2010)

–          Media Workshop Petronas – MPI (2011)

  • Photojournalism

–          Kursus Kewartawanan Foto (2008, 2011)

–          Kursus Kewartawanan Foto : Menghasilkan Karya yang Memenangi Anugerah (2010)

–          Reporting/ Photo journalism & Protocol Workshop for Sarawak Media (2010)

  • Broadcast journalism

–          Kursus Pelaporan Jenayah untuk Wartawan TV3 (2008)

–          Taklimat Media untuk Program Penyampai Ikon, RTM (2009)

  • Workshop on new tools for multimedia reporting

Tarikh

Bilangan Peserta

16/12/2008

18 (NSTP)

17/12/2008

18

18/12/2008

21 (Jabatan Penerangan)

24 -25/11/2010

20

  • Workshop on reporting trafficking in persons

–          10 – 11/11/2011 : Seramai 28 orang wartawan hadir dan diadakan di Kuala Lumpur

–          3 – 4/10/2011 : Dianjurkan dengan kerjasama US Embassy Kuala Lumpur. Program ini diadakan di Kota Kinabalu, seramai 18 wartawan Sabah dan Sarawak mengikutinya

  • Advance reporting and media management

–          Bengkel Media di Era Konvergen (2008)

–          Advanced Reporting & Media Management in the Era of Convergence (2009)

–          Advance Reporting & Media Management Workshop (2011)

  • Knowledge enhancement courses

–          MPI- SHELL Course : Enhancing the Media’s Understanding of Oil and Gas Industry (2009)

–          Kursus Kepenggunaan Media, KPDNKK (2009,2010)

–          MPI- PETRONAS : Understanding the Downstream Oil Business & its Value Chain (2009)

–          MPI – EXXONMOBIL  Media Workshop (2010)

–          Nestle & MPI Environmental Project (2011)

–          Bengkel Interaksi Saintis – Wartawan Mengenai Teknologi Hijau, USM (2011)

–          UNICEF – MPI Dialogue with Editors : The Right of Child (2011)

–          Kursus Kewartawanan Islam (2009)

–          Kursus Penterjemahan untuk Wartawan di Sarawak dan Sabah ( 2011)

  • Business and financial reporting

–          Bengkel Kewartawanan Perniagaan (2008)

–          Media Workshop Programme in Conjuction with Global Islamic Tourism Conference & Exhibition (GITC) (2008)

–          Kursus Kewangan Islam (2010)

–          Understanding Financial Information for Journalist MIA-MPI (2011)

Hadiah Kewartawanan Malaysia – mengiktiraf kecemerlangan, 2008-2011

Tahun

Jumlah Penyertaan (Artikel)

2008

471

2009

792

2010

512

Jumlah

1775

Urus setia penghakiman, 2008-2011

  • Anugerah Media PNB
  • Anugerah Media Pengguna
  • Anugerah Media Kesihatan
  • Kinabalu Shell Press Award
  • Kenyalang Shell Press Award
  • Malaysian MICE Journalism Award (MMJA)
  • Anugerah Media Johor
  • Halal Press Award

Penerbitan

  • Penulisan Berkesan – Panduan menulis media cetak, elektronik dan web, 2008.
  • Terbilang: Potret Tokoh Wartawan Negara, 2009.
  • Memapar Realiti, Prinsip-prinsip utama dan asas kewartawanan siaran, 2010
  • Kewartawanan Malaysia Daftar Media Edisi 2010.
  • Daftar Media, Edisi 2011.
  • Kod Etika Kewartawanan Malaysian, 2011.

Rakan kongsi

  • Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia
  • Jabatan Penerangan Malaysia
  • Thomson Foundation
  • Universiti Utara Malaysia
  • Us Embassy
  • UNICEF
  • Petronas
  • Shell
  • ExxonMobil
  • Commonwealth Journalism Association (CJA)
  • USM

Kemudahan kerja-kerja kesetiausahaan

  • Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia
  • Penubuhan Majlis Akhbar Malaysia

Perbelanjaan dan pendapatan, 2008-2011

MPI adalah sebuah Yayasan iaitu entiti yang keuntungan bukan menjadi motif utamanya. Ini bermakna apa juga pendapatan yang diperolehinya pada tahun berkenaan akan dibelanjakan untuk tujuan mengadakan kursus dan latihan dan program-program lain yang dijayakan oleh institute. Bagi 2008 hingga 2011, bajet MPI mengalami deficit dan deficit itu dibiayai oleh gran khas yang diberi oleh kerajaan pada akhir 2007. Bagaimanapun sebagai sebuah Yayasan yang menyediakan kursus dan latihan percuma atau pada kos yang minimum kepada pengamal media di negara ini, MPI dihasratkan untuk mengimbangi perbelanjaan dan pendapatannya pada masa-masa akan datang. Atau membuat sedikit keuntungan untuk dijadikan sebagai simpanan tetap bagi hari-hari hujannya. Matlamat akhirnya adalah untuk menjadikan MPI sebuah institusi yang tegak sendiri dari segi kewangan (financially independent) terutamanya seandainya kerajaan memutuskan untuk memansuhkan pemberian geran tahunan sebanyak RM200,000.00 bagi membiayai sebahagian daripada kos operasi Institut.

Tahun

Jumlah Pendapatan (RM)

Jumlah Perbelanjaan (RM)

2008

1,168,614.00

1,949,791.00

2009

1,208,155.00

1,899,276.00

2010

1,197,084.00

1,515,124.00

2011

1,320,804.46

1,427,517.79

Jumlah

4,894,657.46

6,791,708.79

Nota: Defisit sepanjang tempoh 2008 – 2011 dibiayai oleh sebahagian daripada gran khas Kerajaan RM5 juta.

Sumber purata  tahunan pendapatan dan perbelanjaan, 2008 – 2011

  • Pendapatan
Pecahan Pendapatan

RM

Anugerah

580,000.00

Kursus, Seminar & Bengkel

220,000.00

Geran

200,000.00

Lain-lain (cth: Sum. Kewangan, dividen)

135,000.00

Sewa Bangunan – TPI

50,000.00

Yuran Tahunan

28,000.00

Buku & Penerbitan

10,000.00

Jumlah (RM)

1,223,000.00

  • Perbelanjaan
Pecahan Perbelanjaan

RM

Bayaran Gaji, KWSP, SOCSO, LHDN , dll

482,000.00

Kursus, Seminar dan Bengkel

377,000.00

Lain-lain Perbelanjaan

378,000.00

Anugerah

365,000.00

Perbelanjaan Pejabat

62,000.00

Buku & Penerbitan

24,000.00

Penyelenggaraan

10,000.00

Caj Kewangan

500.00

JUMLAH (RM)

1,698,500.00

One thought on “MPI: empat tahun pertama sebagai Yayasan

  1. […] MPI: empat tahun pertama sebagai Yayasan […]

Comments are closed.