150 Sahabat Korporat MPI Dirai

Kira-kira 150 orang sahabat korporat Malaysian Press Institute (MPI) telah diraikan pada satu majlis makanan tengah hari pada 22 September 2011. Majlis tahunan itu diadakan sebagai menghargai sumbangan dan penajaan mereka dalam menjayakan Malam Wartawan Malaysia (MWM) 2011 yang telah diadakan pada 29 April 2011. 50 buah syarikat dan sembilan buah agensi kerajaan – Persekutuan dan negeri – tampil menghulurkan sumbangan kepada MPI dalam penganjuran MWM yang diadakan untuk menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang Hadiah Kewartawan Malaysia MPI-PETRONAS itu. Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

 

 

 

 

 

 

 

 

One thought on “150 Sahabat Korporat MPI Dirai

  1. […] MPI Rai Korporat […]

Comments are closed.