20 wartawan muda ikuti IJF 2012 bermula September

Lapan orang wartawan muda dunia membangun akan menyertai program MPI International Journalism Fellowship selama sebulan di Kuala Lumpur bermula 16 September hingga 17 Oktober depan.

Antara yang telah mengesahkan kehadiran adalah wartawan dari Brunei, Indonesia, Mongolia, Sri Lanka, Uzbekistan dan Zimbabwe. Tekan di sini untuk senarai peserta.

Mereka adalah antara 20 orang wartawan, termasuk dari Malaysia yang akan mengambil dalam program tahunan anjuran Malaysian Press Institute (MPI).

Selama sebulan mengikuti program itu, wartawan muda itu akan didedahkan dengan pelbagai aspek kewartawanan. Antaranya kewartawanan foto, penulisan rencana, pelaporan krisis dan lain-lain. Tekan di sini untuk program latihan.

Para penceramah program pula terdiri daripada pensyarah universiti luar negara dan juga para wartawan berpengalaman Malaysia. Mereka termasuklah Dr. Eric Loo dari Wollongong University, Australia dan James D. Clark, pensyarah kewartawanan sebuah universiti di Beijing. Tekan sini untuk senarai lengkap.