29 wartawan sertai Bengkel Minyak dan Gas di Bintulu

Program Bengkel Industri Minyak & Gas anjuran bersama Malaysian Press Intitute (MPI) dan Petronas yang berlangsung di Bintulu, Sarawak dari 4 hingga 6 Disember yang lalu berjaya mencapai matlamat apabila 29 wartawan media cetak dan elektronik berpeluang mengenali perspektif industri petroleum dan gas dengan lebih dekat.

Program selama tiga hari ini disertai oleh 17 wartawan dari Semenanjung manakala dua dari Sabah dan 10 mewakili media Sarawak. Paling istimewa, buat julung kali kesemua peserta diberi peluang memasuki Kompleks LNG Petronas yang terkenal sebagai loji pemprosesan gas kedua terbesar di dunia selepas Qatar.

Lawatan singkat ini cukup bermakna kerana peserta diberi layanan cukup istemewa oleh kakitangan Malaysia LNG (MLNG) selaku tuan rumah dan taklimat mengeni operasi MLNG telah disampaikan oleh Pengurus Kanan, Bahagian Operasi, Jong Min Fatt.

Peserta diberi penerangan oleh Ketua Penyelidikan Strategik, Bahagian Perancangan Strategik Korporat, Abd Rahim Mahmood bersama Naib Presiden, Infrastruktur & Kemudahan, Perniagaan Tenaga dan Gas, Ir Pramod Kumar Karunakaran yang berkongsi pengalaman pada dua sesi bengkel megenai isu-isu dan cabaran industri gas terutamanya di Malaysia dan juga dunia amnya.

Dalam sesi itu, turut serta Pengurus Besar, Pengurusan Gas Malaysia, Perniagaan Tenaga & Gas, Ezhar Yazid Jaafar, Pengurus Kanan, Jabatan Perhubungan Media, Bahagian Perhubungan Korporat Kumpulan, Azman Ibrahim dan Eksekutif Komunikasi, Jabatan Perhubungan Korporat, Malaysia LNG Sdn Bhd, Johannes Ridu.

1. KENANGAN… peserta Bengkel Industri Minyak & Gas (MPI – Petronas) bergambar bersama wakil Petronas diadakan di Hotel Park City Everly, Bintulu.

2. SELAMAT DATANG… Johannes menyambut peserta ketika majlis makan malam diadakan di Kelab Kidurong.

3. INFORMASI… Abd Rahim memberikan penerangan pada peserta mengenai operasi Petronas.

4. KONGSI… Pramod menjelaskan topik Permintaan dan Kehendak Gas Asli di Malaysia.

5. FOKUS… antara peserta media yang hadir pada sesi bengkel kali ini.

6. BERTUAH… rombongan media berkesempatan bergaya dengan uniform jurutera Petronas ketika lawatan ke Kompleks LNG Petronas pada hari terakhir.

7. DIHARGAI… wartawan Harian Metro, Elrafaei Sapi menerima sijil penyertaan disampaikan Pramod.

8. ASYIK……Mendengar taklimat dari Jong Min Fatt Pengurus Kanan, Pengurus Kanan Bahagian Operasi, MLNG Sdn. Bhd.

9. Jong Min Fatt Pengurus Kanan, Pengurus Kanan Bahagian Operasi, MLNG Sdn. Bhd.