66 wartawan gondol Hadiah Kewartawanan Kenyalang

66 orang wartawan Sarawak mendapat pengiktirafan pada Malam Hadiah Kewartawanan Kenyalang 2011 yang berlangsung di Kuching pada 20 Oktober 2012.

Mereka adalah para pemenang Hadiah Kewartawanan Kenyalang, anjuran bersama Persekutuan Persatuan Wartawan Sarawak, Shell Berhad dan kerajaan negeri Sarawak.

11 kategori dipertandingkan pada malam penuh gilang gemilang itu iaitu 6 kategori untuk akhbar cetak, satu kategori foto dan empat kategori bagi berita televisyen.

Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh tetamu kehormat malam itu, Frank Saing, Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat Shell Malaysia. Turut hadir adalah Presiden Persekutuan Wartawan Sarawak, Sulok Tawie.

1 & 2: Para pemenang bergambar kenangan dengan tetamu kehormat bersama sijil.

3: William Chan, Ketua Pengarang Utusan Sarawak dan New Sarawak Tribune, menerima hadiah bagi pihak akhbar daripada Frank Saing (kiri), di saksikan oleh Sulok (tengah).