Alumni IJF kini 104

Dengan berakhirnya edisi kelima program International Journalism Fellowship (IJF) anjuran Malaysian Press Institute (MPI) pada 15 Oktober 2012, alumni IJF kini adalah seramai 104 orang.

Bagi tahun 2012, 18 orang wartawan muda dunia membangun termasuk dari Malaysia mengikuti program selama sebulan itu. Para peserta lain ialah dari Sri Lanka, Brunei, Indonesia, Uzbekistan, Mongolia dan Namibia.

Selain lima buah negara itu, para peserta IJF, yang diperkenalkan pada 2008 itu meliputi wartawan muda dari: Bangladesh (dua orang), Laos (seorang) , Filipina (6 orang), Yeman (seorang), Saudi Arabia (seorang), Seychelles (seorang), Afrika Selatan (seorang) , Syria (seorang), Ukraine (seorang), Vietnam (seorang) dan Zimbabwe (seorang).

Penyertaan tertinggi adalah dari Malaysia seramai 49 orang, diikuti oleh Indonesia 22 orang dan Brunei 7 orang.

Majlis penutup dan penyampaian sijil bagi program kali ke-5 pada 15 Oktober itu telah disempurnakan oleh Ketua Pengarang BERNAMA, Datuk Yong Soo Heong yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah MPI. Turut hadir ahli Majlis Pentadbir MPI, Encik T. Selva yang juga Ketua Pengarang Berita The Star.

Selain kerajaan Malaysia, MPI juga menerima penajaan sebilangan syarikat swasta untuk menjayakan IJF.

Selama sebulan mengikuti program tersebut, para peserta didedahkan dengan pelbagai aspek mutakhir bidang kewartawanan. Ini termasuklah membimbing mereka tentang kewartawan multimedia, kewartawan foto, penulisan rencana dan naratif, pelaporan bisnes, kewartawanan penyiasatan dan teknik menemuramah.

Selain wartawan pengalaman dari Malaysia, turut menjadi tenaga pengajar IJF 2012 dua orang pensyarah luar negara. Mereka termasuklah Dr. D. J. Clark dari Universiti Bolton, United Kingdom dan Yvonne Chua, University of the Philipines.

1. Wajah-wajah riang para peserta IJF bersama sijil masing-masing pada hari graduasi pada 15 Oktober 2012.

2. Sebahagian lagi peserta IJF bergambar kenangan.

3. Lagi wajah-wajah riang peserta IJF.

4. Datuk Yong dan T. Selva bergambar kenangan bersama peserta.

5. T. Selva menyampaikan hadiah kepada Nurhamiza Haji Roslan, dari The Brunei Times, peserta terbaik IJF 2012.

6. Datuk Yong menyampaikan sijil kepada Goh Pei Pei dari New Sarawak Tribune.

7. Rakaman abadi yang menggambarkan semangat setiakawan yang tinggi di kalangan peserta IJF.

8. Maiamalina Mohamed Amin (kiri) dari Harian Metro dan Mathias Mauna Haufiku dari Namibia bertindak sebagai pengacara pada majlis penutup./a>