Anugerah Media Kesihatan 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Anugerah Media Kesihatan 2017 anjuran Kementerian Kesihatan kini telah dibuka untuk penyertaan mulai 3 Mei 2017.

Para wartawan, karyawan atau penerbit dari mana-mana pertubuhan media, layak menyertai anugerah ini di mana terdapat 19 kategori yang dipertandingkan pada tahun ini.

Pada tahun lepas, Anugerah Wartawan Kesihatan Terbaik Televisyen mula dibuka kepada 4 bahasa  iaitu Bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil.

Juga terdapat penambahan satu kategori iaitu Anugerah Promo Kesihatan Terbaik – Televisyen .

Pihak MPI mengalu-alukan penyertaan para karyawan media dimana karya-karya yang diterbit dari 1 Julai 2016 sehingga 30 Jun 2017 untuk dipertandingkan dan tiada yuran penyertaan dikenakan.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 5 Julai 2017.

Penyampaian anugerah kepada para pemenang akan diadakan pada Majlis Anugerah Media yang dijadualkan pada pertengahan bulan September 2017. Tarikh tepat masih belum ditentukan.

Berikut adalah pautan untuk muat turun, lihat ataupun simpan  :

Borang Penyertaan
Kriteria & Kategori Pencalonan Bahan

Jika ada sebarang pertanyaan, bolehlah berhubung terus dengan Penyelaras Anugerah Media Kesihatan, En. Salman di talian 03-20952013 / 14 atau e-mail bukitledangmpi@yahoo.com .