ANUGERAH
Anugerah Media Kesihatan 2018

Anugerah Media Kesihatan 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa Anugerah Media Kesihatan 2018 anjuran Kementerian Kesihatan kini telah dibuka penyertaan.

Para wartawan, karyawan atau penerbit dari mana-mana pertubuhan media, layak menyertai anugerah ini di mana terdapat 21 kategori yang dipertandingkan pada tahun ini.

Berita baik bagi pereka grafik, advokasi kesihatan, aktivis kesihatan, pentadbir laman web kesihatan. Terdapat tambahan 3 kategori baru iaitu kategori Infografik Kesihatan, Media Advokasi Kesihatan, dan Portal Kesihatan.

Pihak MPI mengalu-alukan penyertaan para karyawan media dimana karya-karya yang diterbit dari 1 Julai 2017 sehingga 30 Jun 2018 untuk dipertandingkan dan tiada yuran penyertaan dikenakan.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 5 Julai 2018.

Penyampaian anugerah kepada para pemenang akan diadakan pada Majlis Anugerah Media yang dijadualkan pada pertengahan bulan Oktober 2018. Tarikh tepat masih belum ditentukan.

Berikut adalah pautan untuk muat turun, lihat ataupun simpan  :

Borang Penyertaan
Kriteria & Kategori Pencalonan Bahan

Juga memaklumkan bahawa MPI telah berpindah ke tempat baru di Cyberjaya. Ini alamatnya :

Malaysian Press Institute
C2-3, Radius Business Park
Jalan Radius 1/1C, Cyber 4
63000 Cyberjaya, Selangor.

Jika ada sebarang pertanyaan, bolehlah berhubung terus dengan Penyelaras Anugerah Media Kesihatan, En. Salman di talian 03-86892717 / 2718 / 2719 atau e-mail bukitledangmpi@yahoo.com .