KKLW anjur Anugerah Media KKLW tahun kedua!

Tugas hakiki pengamal media adalah untuk melaporkan dan menyampaikan berita kepada khalayak meliputi pelbagai isu-isu semasa dalam atau luar Negara; isu-isu melibatkan kesejahteraan rakyat; pembangunan mahupun bertindak sebagai agen bagi pihak Kerajaan/Kementerian dan agensi di bawahnya dalam menyalurkan maklumat berkaitan.

Sebagai tanda penghargaan kepada pengamal media yang membantu Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) serta agensi dibawahnya khususnya, Anugerah Media KKLW 2017 dianjurkan untuk memberi pengiktirafan kepada karya-karya kewartawanan yang dihasilkan.

Malaysian Press Institute (MPI) dilantik buat tahun kedua penganjurannya sebagai Sekretariat Penghakiman Anugerah Media KKLW 2017 (AMKKLW 2017) dan  majlis penyampaian anugerah dijangka diadakan pada November 2017.

Satu kategori baharu diperkenalkan dalam AMKKLW 2017 iaitu Anugerah Media Elektronik Penyiaran Radio selain tiga kategori lain kekal dipertandingkan. Tiga kategori tersebut ialah Anugerah Media Cetak dan Portal Berita Online; Anugerah Media Elektronik Penyiaran TV dan Anugerah Fotografi.

Karya-karya yang telah disiarkan/diterbitkan mulai 1 Julai 2016 hingga 30 Jun 2017 dan memenuhi syarat-syarat penyertaan layak menyertai AMKKLW 2017.

Klik pautan dibawah untuk keterangan lanjut:

Tarikh tutup penyertaan pada 13 Oktober 2017.