AMP CIDB 2018 dilancar!

Siri pertama penyampaian hadiah kepada pemenang kawasan liputan Semenanjung Malaysia telah pun berlangsung penuh meriah pada 13 Oktober yang lalu bertempat di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur.

Hampir 200 orang tetamu hadir meraikan pengamal media pada Majlis Penghargaan KKR dan Anugerah Media Pembinaan CIDB 2017 (AMP CIDB 2017).

Dalam ucapan aluan Menteri KKR, YB Datuk Seri Haji Fadillah Haji Yusof, beliau mahu kementerian dan media untuk terus bekerjasama dan saling berinteraksi dalam menyebarluaskan maklumat kepada rakyat.

Beliau turut memberitahu tujuan Anugerah Media Pembinaan CIDB dilancarkan sejak tiga tahun yang lalu adalah untuk meraikan dan menghargai sumbangan pengamal media tempatan yang merakamkan, menonjolkan, memperjelas dan memurnikan dasar, dan hasrat Kerajaan kepada orang ramai.

Beliau juga melahirkan kekecewaan apabila terdapat sedikit penurunan penyertaan yang diterima oleh Sekretariat pada tahun ini. Selain menyeru agar para wartawan menghantar penyertaan dan mengambil bahagian pada tahun 2018 untuk merebut hadiah wang tunai yang ditawarkan oleh pihak CIDB.

Pada malam tersebut, pelancaran poster AMP CIDB 2018 turut diserahkan YB Menteri KKR kepada Timbalan Presiden NUJM, Encik Ching Sung Min sebagai simbolik menandakan penyertaan anugerah bagi tahun 2018 telah dibuka.

Manakala penyampaian hadiah kepada pengamal media bagi dua kawasan liputan di Sabah akan diadakan pada 10 November 2017 dan di Sarawak pada 18 November 2017.

Rakaman gambar-gambar :

Okt 17 AMP CIDB 2018 dilancar 01

  1. YB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Menteri Kerja Raya menyampaikan ucapan aluan pada Majlis Penghargaan Media KKR dan Anugerah Media Pembinaan CIDB 2017 (AMP CIDB).
  2. Pemenang Kategori Foto dari kiri Puspanathan (tempat ketiga), Mohamed Sairien (tempat kedua) dan Lek Kah Meng (tempat pertama) menerima hadiah masing-masing daripada Ketua Pegawai Eksekutif CIDB, Dato’ Ir Ahmad Asri Abdul Hamid.
  3. Dari kiri Wan Eizzul Islam (NTV7), wakil Safwan dan Jufri (TV3) bergambar kenangan bersama Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan Md Taha, Ketua Pengarah JKR; YB Timbalan Menteri KKR, YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Ketua Pengarah LLM, Datuk Ir. Hj Ismail Md Salleh. Turut kelihatan pemenang utama Kategori Media Penyiaran & Video Portal Berita Hilal dan Samsulkamal (Astro Awani).
  4. YB Menteri KKR, Dato’ Sri Fadillah menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi kategori media cetak. Ang Hui Hsien (Focus Malaysia, berbaju merah) menang tempat pertama; diikuti Syed Jaymal (Malay Mail, dua dari kiri) dan Shalini (The Star, kiri sekali) di tempat ketiga.
  5. Para pemenang AMP CIDB 2017 bergambar kenangan bersama tetamu kehormat di pentas utama.

Okt 17 AMP CIDB 2018 dilancar 02Lensa kamera:

 

  1. Antara tetamu yang terpilih sebagai TOP 3 untuk Best Dress Lelaki dan Wanita. Masing-masing berdebar dengan keputusan yang bakal diumumkan oleh pengacara majlis Sherry Al-Hadad.
  2. Kelihatan Datuk Zakaria Abd Wahab, Ketua Pengarang BERNAMA (berjaket hitam); Dato’ Ir Ahmad Asri Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif CIDB (berkemeja ungu) memberikan reaksi terhadap apa yang sedang diperkatakan oleh YB Menteri KKR, Dato’ Sri Fadillah kepada Datuk Dr. Chamil Wariya, Ketua Pegawai Eksekutif MPI (kanan sekali) di meja utama.
  3. Antara Sekretariat MPI yang hadir sama meraikan majlis AMP CIDB 2017 bergambar kenangan bersama YB Menteri KKR. Dari kiri, Ambia Abd Hamid, Nur Ramizah Abd Aziz, Norlida Jamain dan Yusof Saharin Haron. Tiada dalam gambar Salman Husni Abdollah.