ANUGERAH
AMP CIDB 2018 tawar hadiah wang tunai RM 90,000

AMP CIDB 2018 tawar hadiah wang tunai RM 90,000

KENYATAAN MEDIA MPI

AMP CIDB 2018 tawar hadiah wang tunai RM 90,000

Peluang terbaik kepada pengamal media tempatan seluruh Malaysia untuk menyertai Anugerah Media Pembinaan CIDB 2018 dan menang hadiah wang tunai keseluruhan yang ditawarkan berjumlah RM 90,000.

Penganjuran anugerah yang memasuki tahun keempat ini bertujuan menghargai sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh pihak media dalam penyaluran maklumat kepada khalayak terhadap agenda transformasi nasional di bawah Program Transformasi Industri Pembinaan 2016 – 2020 khususnya atau laporan berita berkait dengan CIDB atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan; Kementerian Kerja Raya dan agensi dibawahnya.

Pengurus Kanan MPI, Norlida Jamain berharap agar penyertaan yang akan diterima pada kali ini mampu memberi cerminan terhadap lonjakan penulisan atau pelaporan berita kepada satu tahap yang lebih baik.

“Kami di MPI berterima kasih kepada pihak CIDB yang memberi lantikan sebagai Sekretariat Penghakiman bagi tahun keempat penganjuran Anugerah Media Pembinaan ini. Tentulah kami mengalu-alukan sebarang bentuk penghargaan kepada kalangan pengamal media yang di akhirnya memberi dorongan kepada mereka untuk melipatgandakan usaha dalam penghasilan berita yang eksklusif, tepat dan berinformasi.” jelas Norlida.

Beliau berkata lagi “mengikut pemerhatian kami di MPI, ada berita yang terbaik telah disiarkan dan diterbitkan tetapi tidak menyertai sebarang anugerah yang dianjurkan termasuk AMP CIDB dan ia amatlah merugikan. Justeru saya berharap agar rakan-rakan media menyahut peluang yang diberikan oleh pihak CIDB khususnya dan senantiasa layari laman web MPI untuk keterangan lanjut”.

AMP CIDB diperkenalkan sejak tahun 2015 mempertandingkan tiga kategori iaitu Anugerah Media Cetak, Anugerah Media Elektronik Penyiaran TV dan Online Broadcasting; dan Anugerah Foto.

Penyertaan kini telah dibuka kepada karya-karya yang dihasilkan bagi tempoh 31 Julai 2017 hingga 30 Jun 2018 layak menyertai.

Tarikh tutup penyertaan pada 30 Julai 2018.

Sila tekan pautan-pautan dibawah untuk lihat atau muat turun :

Borang Penyertaan
Syarat Penyertaan

 

Dikeluarkan pada : 6 Disember 2017