Anugerah Media Pembinaan CIDB kembali lagi dengan edisi tahun 2020

Anugerah Media Pembinaan CIDB 2020 diteruskan lagi buat kali keenam dengan kerjasama antara MPI dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Ini merupakan inisiatif CIDB bagi mengiktiraf hasil karya kewartawanan pembinaan terbaik atau berkait dengan salah satu aspek bidang tugas CIDB, Kementerian Kerja Raya (KKR) dan agensi di bawahnya.

MPI dilantik sebagai urusetia penghakiman bagi tiga (3) kawasan liputan yang dipertandingkan iaitu Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Hanya karya disiar dan diterbitkan mulai 01 Julai 2019 sehingga 30 Jun 2020 sahaja yang layak menyertai.

Sila klik pautan dibawah untuk keterangan lanjut :

Tarikh tutup penyertaan 30 Julai 2020.  Sebarang pertanyaan ajukan kepada Sekretariat Penghakiman AMP CIDB 2019 di talian 03 – 8689 2717 / 2718 / 2719.