Belajar untuk berurusan dengan media dari pakar

KUALA LUMPUR – Pengamal perhubungan awam yang bertanggungjawab untuk berurusan dengan media harus membangunkan kerjasama pintar dan bekerja rapat dengan media untuk menyampaikan maklumat dan idea dengan tepat dan adil. Ini boleh dicapai jika mereka memahami bagaimana bilik berita media cetak dan media elektronik beroperasi.

Untuk membantu membangunkan kerjasama yang padu itu, Institut Akhbar Malaysia (MPI) akan menganjurkan program Latihan Perhubungan Media selama tiga hari bermula 9 Jun di Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Eksekutif MPI Datuk Dr. Chamil Wariya berkata, untuk menjalankan tugas yang berkesan sebagai pengantara, ketua komunikasi mesti mempunyai keyakinan dalam kedua-dua organisasi mereka dan media.

“Ini bukan satu kerja mudah kerana pegawai perhubungan awam secara semula jadi sentiasa curiga terhadap media. Wartawan pula sinonim dengan kecenderungan mempersoal dan agak tidak mempercayai pihak yang mereka letakkan dalam perhatian umum,” kata beliau sambil menambah bahawa keadaan ini boleh menjadi lebih mencabar apabila krisis berlaku.

“Walaubagaimanapun, dengan perancangan yang betul, berurusan dengan media boleh membuahkan hasil yang positif. Media boleh menjadi alat yang berguna untuk menyebarkan maklumat yang tepat pada masanya” katanya.

Chamil berkata hampir setiap organisasi perlu menghadapi media pada satu ketika dan salah satu ujian yang penting bagi mana-mana syarikat adalah mengendalikan wartawan ketika menghadapi krisis. “Cara keadaan dikendalikan mungkin mempengaruhi bagaimana orang awam dalaman dan luaran melihat syarikat itu bagi tahun-tahun akan datang,” katanya.

Chamil berkata pengurus komunikasi perlu membina hubungan yang kukuh dan berkekalan dengan media supaya mereka boleh menyampaikan mesej yang ingin disampaikan dengan cara yang betul. Beliau berkata MPI telah memilih pakar-pakar dalam industri media untuk melatih dan membantu pengurus komunikasi dalam bekerjasama dengan media untuk mengukuhkan hubungan pelanggan dan pekerja mereka.

Antara pakar-pakar yang akan membentangkan perkongsian di bengkel tersebut adalah kaunselor perhubungan awam Mae Public Relations Datin Wan Norhiyati Wan Ibrahim, Pengurus Besar Kanan, Strategik Komunikasi Kumpulan PETRONAS Cik Liz Kamaruddin, Pengarang Perunding Kanan  The Star Encik T. Selva dan Pengarang Perniagaan Kanan Cik BK Sidhu, Mantan Ketua Editor Kumpulan Astro Awani Encik Suhaimi Sulaiman, blogger Datuk Ahirudin Attan, Penasihat Kumpulan Media Prima Datuk Ahmad A. Talib serta Perunding Komunikasi dan Mantan Penyampai Buletin Utama TV3 Puan Yusanani Yushak.

Antara topik yang akan dibincangkan adalah bagaimana untuk menyediakan siaran akhbar yang berkesan, penyediaan menghadapi perdebatan dan pengurusan sidang media, teknik berhadapan dengan kamera, pengurusan krisis, meningkatkan hubungan positif bersama media serta peluang dan cabaran media sosial.

Beliau berkata, selain daripada program Latihan Perhubungan Media, kursus-kursus yang ditawarkan untuk pengawai perhubungan awam, golongan profesional, ahli akademik dan orang awam ialah Penulisan Rencana & Naratif Berkesan, Info Grafik dan Bengkel Penulisan Teks Ucapan yang bakal diadakan pada Julai, September & Oktober ini di Kuala Lumpur.

Untuk mendaftar, sila hubungi Fiza di 03-2095 2013 atau 03-2095 2014 atau email kepada norhafiza_mpi@yahoo.com

Antara penceramah Bengkel Perhubungan Media MPI :

1. Datin Wan Norhiyati Wan Ibrahim, Mae Public Relations.

2. Cik Liz Kamaruddin, Pengurus Besar Kanan Kumpulan Komunikasi Strategik PETRONAS.

3. Encik T. Selva, Pengarang Perundingan Kanan dan Hal Ehwal Perundangan,The Star.

4. Cik B.K Sidhu, Pengarang Bisnes Kanan, The Star.

5. Encik Suhaimi Sulaiman, bekas Ketua Editor Kumpulan Astro Awani.

6. Datuk Ahiruddin Attan, blogger terkenal.

7. Datuk Ahmad A. Talib, wartawan veteran.

8. Puan Yusanani Yushak, Perunding Komunikasi dan mantan penyampai Buletin Utama dan wartawan siaran TV3.