Bengkel Children’s Right and Disabilty UNICEF 2017 Berakhir di Kuching

Hotel Pullman Kuching, Sarawak merupakan destinasi terakhir bengkel media bertajuk “Children’s Rights & Disability in Malaysia” anjuran bersama Malaysian Press Institute (MPI) dan UNICEF Malaysia yang diadakan pada 11 September 2017.

Bengkel pertama dan kedua telah berjalan dengan jayanya di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu pada bulan Mei dan Julai lepas.

Seramai 28 peserta dari 16 organisasi media di Sarawak menyertai bengkel ini. Mereka mewakili akhbar New Sarawak Tribune, Sin Chew Daily, Jabatan Penyiaran Kawasan Sarawak (RTM), Borneo Post, Harian Borneo, Utusan Sarawak, See Hua Daily News, Warta Distribution, KOSMO!, Harian Metro, Jabatan Penerangan Sabah, Faradale Media, Sarawak Development Institute, Jabatan Penerangan Sarawak, TV AlHijrah, dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Berikut merupakan rangkuman gambar-gambar ketika bengkel berlangsung:

1. Para peserta bengkel sedang khusyuk mendengar ceramah tentang “Children’s Rights & Disability” oleh UNICEF.

2. Cik Rachel Choong, Pegawai Komunikasi Media, UNICEF Malaysia menerangkan tentang objektif bengkel diadakan.

3. Cik Melizarani T Selva dari The Star selaku fasilitator dan juga salah seorang penyampai untuk slot di dalam bengkel tersebut.

4. Puan Juliana Voon, ibu kepada salah seorang OKU sedang menerangkan sesuatu kepada para peserta semasa sesi kerja kumpulan bersama kanak-kanak kurang upaya.

5. Encik Edwin Chandra, Perunding Media & Perunding Majlis Sukan Sarawak (kiri), Dr. Ling How Kee, Perunding Pembangunan Program dan Perkongsian, Sarawak (tengah) dan Encik Fariz Hj Abd Rani, Penceramah DET (Disability Equality Training) (kanan) merupakan

6. Salah satu kumpulan sedang membentangkan hasil tugasan kerja berkumpulan mereka setelah sesi menemuramah keluarga kurang upaya selesai.

7. Antara kumpulan yang berjaya menawan hati ahli panel bersama hadiah yang dimenangi yang disediakan oleh pihak penganjur.

8. Para peserta kursus bergambar kumpulan bersama para penceramah diakhir sesi.