Bengkel Khas Untuk Penaja Malam Wartawan Malaysia 2014

Malaysian Press Institute (MPI) telah mengadakan satu bengkel penulisan berkesan khusus untuk para penaja Malam Wartawan Malaysia 2014 yang telah menghulurkan sumbangan  RM10,000.00 untuk menjayakan majlis tahunan anjuran MPI itu.

Bengkel dua hari yang dikendalikan sepenuhnya oleh Editor Kanan (Bisnes) akhbar The Star, B.K. Sidhu itu berlangsung di Hotel Istana, Kuala Lumpur pada 5 dan 6 Jun 2014.

Sembilan peserta yang mewakili Technology Park Malaysia Corp. Sdn. Bhd., SCOMI Group Bhd., Clixster Mobile Sdn. Bhd., DRB-HICOM Berhad, Selia Group Sdn. Bhd., Sime Darby dan Syarikat Perumahan Negara Berhad dan juga dari Kementerian Luar Negeri telah mengikuti bengkel tersebut.Tekan sini untuk senarai peserta.

Sepanjang kursus diadakan mereka telah didedahkan dengan kefahaman yang mendalam mengenai kaedah menghasilkan kenyataan media yang berkesan untuk menjenamakan syarikat mereka. Tekan sini untuk aturcara program.

1. Para peserta bengkel khusyuk mendengar ceramah.

2. B.K. Sidhu (kanan) pengendali bengkel penulisan berkesan sedang menyampaikan ceramah.