Kursus
Bengkel MPI Dedahkan Penggunaan Digital dalam Perhubungan Awam

Bengkel MPI Dedahkan Penggunaan Digital dalam Perhubungan Awam

“Secara asasnya, tiada istilah perhubungan awam digital digunakan sebelum ini, bagaimanapun, digital itu sendiri digunakan untuk diaplikasikan dalam perhubungan awam”.

Pandangan tersebut dinyatakan oleh Mr David Lian dalam bengkel dua hari anjuran Malaysian Press Institute (MPI) bertemakan Digital Public Relation pada 25 – 26 Ogos 2020.

Beliau yang merupakan ketua di salah sebuah syarikat antarabangsa, Zeno Group ada mencadangkan sesebuah syarikat atau agensi kerajan boleh mengambil “influencer” oleh kerana pengaruh digital yang sangat tinggi pada masa kini membolehkan tugas yang mereka lakukan lebih berkesan.

Spesifiknya, perhubungan awam secara digital ternyata lebih berkesan berbanding tradisional dari segi keberkesanan terutamanya dari segi mengukuhkan pemasaran jenama di samping dapat menyebarkan berita dan maklumat dengan lebih cepat.

Sementara itu, apabila bertanyakan tentang perjalanan program, beliau menyatakan bahawa beliau sangat gembira kerana berpeluang untuk berkongsi pengalaman dan menyampaikan ilmu pada kursus tersebut. Beliau turut merakamkan setinggi penghargaan buat para peserta di atas kerjasama baik dan sangat bersemangat dalam mengambil bahagian pada setiap aktiviti yang diberikan.

Seramai 20 orang peserta mewakili PETRONAS, SME Bank, Kementerian Luar Negeri dan Jabatan Penerangan menghadiri kursus tersebut.

Para peserta memberi perhatian sepenuhnya terhadap tips – tips yang disampaikan oleh penceramah, Mr. David
Mr. David berkongsi pengalaman beliau dalam bidang perhubungan awam kepada para peserta
Encik Muhammad Aqmal berkongsi pendapat beliau tentang tugasnya di PETRONAS kepada rakan peserta dan penceramah
Peserta sempat berswafoto bersama penceramah sebelum sesi pembentangan kumpulan diadakan
Cik Amelia Francis, peserta dari PETRONAS menerangkan hasil kerja kumpulan yang diwakili oleh beliau
Penceramah sedia membantu jika peserta mempunyai sebarang soalan
Para peserta mengambil gambar kenangan bersama penceramah pada akhir kursus