Bengkel Multimedia & Digital Production sepak mula latihan MPI 2020

Bengkel Multimedia & Digital Production  anjuran  Malaysian Press Institute (MPI) berlangsung  di  MPI, Cyberjaya  dari 21 hingga 23 Januari 2020.

Ini adalah kali pertama bengkel seumpama itu dianjurkan oleh MPI.

Seramai 17 peserta  daripada media dan komunikasi korporat telah mengikuti bengkel tersebut.

Mereka terdiri dari dua pegawai Jabatan Penerangan Malaysia,  dua  dari Bank Negara Malaysia, dua  dari Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur, lima dari Sabah Publishing House Sdn Bhd, tiga  dari Group Sinar Karangkraf Sdn Bhd dan seorang  masing-masing dari Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd,  Dagang Nexchange Bhd dan Cagamas Bhd.

Penceramah berpengalaman Encik   Ahmad Shaifullizam Arshad atau dikenali  GBAM, mantan penerbita kanan di Jabatan Hiburan TV3 kini Pengarah, GBAM Production Sdn. Bhd  bertindak sebagai penceramah untuk bengkel selama 3 hari ini.