Kursus
Bengkel Penulisan Naratif Janet Steele Buka Tirai Latihan MPI 2019

Bengkel Penulisan Naratif Janet Steele Buka Tirai Latihan MPI 2019

Bengkel Penulisan Kewartawanan Naratif merupakan kursus pembuka tirai 2019 anjuran MPI dengan kerjasama Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur.

Bengkel yang berlangsung pada 9 Januari 2019 di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Jalan Bangsar, Kuala Lumpur telah disertai seramai 35 orang pengamal media. Antara media yang hadir adalah The Edge 4 orang, BERNAMA 10 orang, Utusan Melayu 6 orang, The Sun Media 2 orang, Sinar Harian 4 orang, KOSMO! 3 orang dan The Star, New Straits Times, Bacalah Malaysia.com, JustReadOnline.com, Bendahara Solutions dan Inside Media masing-masing menghantar 1 orang peserta dari pertubuhan mereka.

 

Penceramah untuk kursus sehari ini adalah Associate Profesor Janet E. Steele merupakan Pensyarah Kewartawanan yang berpengalaman di peringkat antarabangsa telah berkongsi pengalaman beliau tentang cara penulisan naratif bukan hanya kepada penulisan rencana tetapi boleh juga dibuat secara berita penting. Terdapat juga contoh-contoh diberikan dalam menyampaikan karya / rencana dengan idea baru serta kreativiti dalam penyampaian berita. Banyak soalan-soalan diajukan mengenai penulisan naratif oleh para peserta.

 

Disebelah petangnya, sesi bersama Encik Zan Azlee, Penerbit Dokumentari dari FAT BIDIN MEDIA diselitkan selama 1 jam bagi menceritakan pengalamannya dalam menemuramah isteri seorang aktiviti ekstremisme.

 

Sijil penyertaan diberi kepada para peserta diakhir kursus.

 

Berikut merupakan rangkuman gambar-gambar sekitar sehari berkursus :

Janet Steele, penceramah kursus sedang menerangkan semula bahan bacaan bersama para peserta.

Para peserta tekun mendengar ceramah yang disampaikan.
Antara bahan bacaan yang disediakan.

 

Janet Steele menggesa para peserta bengkel meneliti contoh rangkaan karya penulisan.
Zan Azlee juga terlibat dalam bengkel ini dengan berkongsi pengalamannya mengenai ekstremisme.
Salah satu peserta menawarkan soalan kritikal kepada penceramah.
Peserta mengutarakan kerisauan dan kekangan yang dihadapi dalam menghasilkan karya yang melibatkan kepercayaan sesuatu kaum.
Peserta bengkel menanyakan sesuatu dari penceramah.
Dua peserta sempat berswafoto dengan Janet Steele.
Begitu juga dengan dua peserta ini sempat bergambar bersama dengan penceramah.
Para wartawan dari The Edge berkongsi khabar semasa bersama Janet Steele.
Tersenyum riang dalam menayangkan sijil yang diterima.