Bengkel TIP 2014: Rakaman gambar-gambar

Malaysian Press Institute dengan kerjasama Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dan Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (MAPO), Kementerian Dalam Negeri Malaysia telah menganjurkan bengkel tiga hari mengenai pelaporan mengenai pemerdagangan orang di Hotel  Thistle, Johor Bharu pada 6 hingga 8 Mei 2014.

Program yang turut dijayakan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara itu telah dirasmikan oleh YBhg Dato’ Alwi bin Hj. Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri Malaysia.

Seramai  34 peserta dari media cetak dan elektronik menyertai kursus ini termasuk 4 orang peserta dari media cetak Singapura.

Sekiranya pada hari pertama bengkel, para peserta mendengar ceramah dalam keadaan selesa di hotel, pada hari kedua mereka  dibawa melawat ke Ibupejabat Polis DiRaja Kota Tinggi yang terletak kira-kira satu jam perjalanan dari Johor Bharu.

Di sana para peserta diberi taklimat oleh Pasukan Gerakan Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia mengenai berbagai-bagai cara penyeludupan pendatang asing masuk ke Malaysia.

Pada sebelah petang, mereka dibawa ke Tanjung Pengelih untuk menaiki bot marin yang telah disediakan untuk melihat sendiri  tempat-tempat / lorong-lorong yang sering menjadi tumpuan pendatang asing memasuki negara ini di sepanjang pantai bahagian timur Johor.

Timbalan Pengarah, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Amar Singh telah menutup bengkel tersebut dan seterusnya menyampaikan sijil kepada para peserta pada hari terakhir program itu.

Berikut disiarkan rakaman gambar-gambar sepanjang bengkel itu berlangsung.

1. Ketua Pegawai  Eksekutif MPI, YBhg. Datuk Chamil Wariya menyampaikan cenderahati kepada YBhg. Dato’ Alwi bin Hj. Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri Malaysia selepas merasmikan kursus tersebut. Di sebelah Chamil ialah Harvey Sornovitz, Pegawai Penerangan dan Akhbar, Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur yang membiayai bengkel tiga hari itu.

2. Empat penceramah  menyampaikan ceramah masing-masing. Dari kanan: Encik Muhd. Khair Razman bin Mohamed Annuar (MAPO), Tuan Umar Saifuddin bin Jaafar (Pejabat Peguam Negara Johor), DSP A J Michael  (Ketua Unit ATIP Bahagian SOM Polis DiRaja Malaysia), Ms Elisabeth Socolow (US Embassy Kuala Lumpur).

3. Pakar perundangan, Prof. Salleh Buang menyampaikan sesinya pada hari pertama kursus. Beliau bercakap mengenai undang-undang pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.

4. Mia Barrett wakil MTV EXIT yang berpangkalan di Bangkok, Thailand turut berkongsi pengalaman bagaimana entiti hiburan MTV memainkan peranan menyedarkan golongan beliau mengenai kesan buruk pemerdagangan orang melalui konsert.

5. Supt N. Kalai Chelvan, Timbalan Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Dua Johor memberi taklimat pasukan polis marin mengenai permerdagangan orang dan penyeludupan migran.

6. Para peserta mengajukan soalan semasa lawatan ke Ibupejabat Polis Kota Tinggi.

7. Para peserta diberi penerangan sebelum menaiki bot marin untuk lawatan ke Tanjung Pengelih, Pengerang oleh Tuan ASP Mohd. Zaki Masroh, Ketua Unit ATIP, Bukit Aman, Kuala Lumpur. 

8. Encik T. Selva, Pengarang Perunding Kanan, The STAR turut berkongsi pengalaman tentang berkait kewartawanan penyiasatan – satu elemen penting untuk membongkar kegiatan  pemerdagangan orang dan penyelidupan migran.

9. Tiga orang penceramah dari rumah perlindungan yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk menjaga kebajian mangsa pemerdagangan manusia bercerita mengenai pengalaman mereka mengendalikan mangsa. Dari kiri: Cik Norzuraiini binti Ghani (Wakil Penguasa Rumah Perlindungan Rembau), Cik Ajanis anak Ba-I Wakil Penguasa Rumah Perlindungan, Kuala Lumpur) dan Encik Yahya bin Mat Khatib (Wakil Penguasa Rumah Perlindungan, Melaka).

10. YDH Dato’ Amar Singh s/o Ishar Singh, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan / Perundangan), Bukit Aman, Kuala Lumpur pula diberi penghormatan untuk menutup bengkel. Kelihatan beliau menyampaikan sijil kepada salah orang peserta disaksikan oleh Datuk Chamil pada hari terakhir program.

11. Para peserta bergambar kenangan bersama dengan Datuk Amar Singh.