Cabaran Kewartawanan Era Industri 4.0 : Berubah atau Rebah

Majlis penutup dan penyampaian sijil peserta Zamalah Wartawan 1Malaysia telah pun disempurnakan oleh Puan Yusanani Yushak, Mantan Penyampai Buletin Utama TV3 pada 18 Ogos yang lalu.  Majlis turut dihadiri oleh Puan Norlida Jamain, Pengurus Kanan Operasi dan Korporat ; dan Puan Norhafiza Kamaluddin, Penolong Pengurus Unit Latihan.

Sebelum itu, Puan Yusanani menyampaikan ceramahnya bertajuk “Melampaui Kewartawanan : Merealisasikan Potensi Diri”.

Dalam ucapannya beliau menyeru agar para peserta menyahut cabaran kewartawanan era industri 4.0 seiring dengan teknologi pendigitalan.

Katanya “sebagai wartawan kita juga kena menerima hakikat teknologi Industri 4.0 memerlukan mereka melakukan pelbagai fungsi serentak – sebagai pelapor, sebagai penerbit, sebagai editor dan pelaksana. Dengan kata lain, to be a journalist in the digital age, you have to be able to be an editor, a photographer, a videographer, a reporter, a layout designer and a writer all in one. As a digital reporter you have to go out and sometimes you have to shoot pictures, you need to shoot video, you need to get the story and you need to ask the right questions”.

Tekan sini untuk baca sepenuhnya teks ucapan.

1. Puan Yusanani Yushak antara figura besar dalam bidang wartawan penyiaran mahupun dalam bidang pengacaraan di Malaysia.
1. Puan Yusanani Yushak antara figura besar dalam bidang wartawan penyiaran mahupun dalam bidang pengacaraan di Malaysia.
2. Para peserta bergambar kenangan sejurus tamat majlis penutup Zamalah Wartawan 1Malaysia.
2. Para peserta bergambar kenangan sejurus tamat majlis penutup Zamalah Wartawan 1Malaysia.