CEO MPI dilantik ahli panel pemantau SPRM

Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI), Datuk Dr. Chamil Wariya adalah antara 12 orang yang dilantik sebagai ahli Penal Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkuat kuasa 1 Jun 2020 lalu.

Pelantikan untuk tempoh dua tahun oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara penadbiran mengikut Akta SPRM 2009 itu adalah sehingga 31 Mei 2022.

Chamil (kanan) menerima pelantikan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki di Putrajaya, pada 30 Jun 2020.

Tekan sini untuk melihat Terma Rujukan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah

Majlis penyerahan watikah pelantikan berlangsung pada 30 Jun 2020, di ibu pejabat  SPRM, disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki.

Barisan anggota Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM

Selain Chamil, turut dilantik menganggotai PPPR ialah Tan Sri Borhan Dolah sebagai pengerusi; Datuk Dr. Azizan Baharuddin, Datuk Md. Yusof Md Aslam, Datuk Baljit Singh Sidhu, Datuk Freddie Fernandez, Dato Dr. Siti Norlasiah Ismail, Dato’ Nadzim Johan, Dato’ Manja Ismail, Profesor Dr. Edmund Terrence, Jufitri Joha dan Norita Che Ali.

Menurut Terma Rujukan yang disediakan oleh SPRM, PPPR antara lain berfungsi untuk “menasihati Suruhanjaya bagi meningkatkan  keberkesanan aktiviti pemeriksaan dan perundingan terhadap amalan, sistem dan tatacara kerja sector awam dan swasta yang membuka ruang dan peluang perlakuan jenayah rasuah.”

Pada majlis penyerahan watikah pelantikah itu, lima orang ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) dan dan tujuh orang ahli Panel Penilaian Operasi (PLO) SPRM turut menerima surat pelantikan masing-masing.

Dato’ Manja Ismail sempat berswafoto bersama sebagai kenangan.