Chamil berceramah di pemukiman perhubungan awam MoA

Seramai 50 orang pegawai perhubungan awam dan komunikasi korporat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA)  dan 13 agensi di bawah kementerian tersebut menghadiri pemukiman tahunan di Institut Pengurusan Peladang, Langkawi pada 6 hingga 8 Januari 2017 lalu.

Pada pemukiman tersebut Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI), Datuk Dr. Chamil Wariya telah menyampaikan ceramah berjudul Penulisan, Storytelling dalam Perhubungan Awam.

Pengarang Kumpulan Harian Metro/Metro Ahad, Datuk Mustapa Omar pula membimbing para peserta bagaimana untuk menjadi jurucakap berkesan bagi agensi masing-masing.

Seorang jurufoto berpengalaman yang pernah bekerja dengan sebuah agensi berita antarabangsa, Encik Zainal Abd Halim mendedahkan para peserta dengan elemen-elemen utama kewartawanan foto.

Turut memberi ceramah ialah Setiausaha Akhbar Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Encik Hisham Abdul Hamid dan Ketua Komunikasi Korporat kementerian, Encik Asril Idris.

Rakaman foto-foto :

 

IPL Langkawi 1

  1. Chamil (berdiri) berinteraksi dengan sebahagian pegawai perhubungan awam/komunikasi korporat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Langkawi pada 6 Januari 2017.IPL Langkawi 2
  2. Chamil (kanan) menikmati juadah yang disediakan ketika minum pagi selepas sesi pertama selesai. Turut kelihatan Pegawai Khas kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Pegawai Komunikasi Korporat Agro-Bank dan Ketua Komunikasi Korporat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Encik Asril Idris (kiri).IPL Langkawi 3
  3. Chamil menyatakan sesuatu kepada para peserta mengenai pentingnya menyediakan kenyataan media yang berkesan.IPL Langkawi 4
  4. Santai: Para peserta bertukar-tukar pandangan dengan Chamil sewaktu sesi amali menulis kenyataan media.IPL Langkawi 5
  5. Chamil menjelaskan peranan penting perhubungan awam sebagai barisan hadapan untuk memaklumkan pihak-pihak berkepentingan yang ada kaitan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.IPL Langkawi 6
  6. Chamil (berdiri) pada sesi ceramah berjudul Penulisan dan Storytelling dalam perhubungan awam di Langkawi pada 6 Januari 2017.