Digital Journalism Workshop tutup tirai latihan 2015 MPI

“Digital Journalism Workshop” yang telah diadakan di 
Ancasa Residences Port Dickson pada 22 hingga 24 November 2015 menutup tirai program latihan anjuran Malaysian Press Institute (MPI) bagi 2015.

Seramai 15 orang peserta mengikuti bengkel tiga hari itu. Mereka mewakili organisasi media dan juga korporat yang terdiri daripada tiga (3) orang wartawan Berita Harian, tiga (3) orang jurufoto dari China Press, dua (2) orang wartawan dari Faradale Media-M Sarawak dan masing-masing seorang wartawan dari Nanyang Siang Pau Ipoh dan seorang jurufoto dari BERNAMA. Manakala peserta dari korporat pula telah diwakili oleh setiap seorang pegawai perhubungan awam dari syarikat Selia Ekuiti Sdn. Bhd., Nestle Products Sdn. Bhd., RHB Investment Bank Berhad, Puncak Niaga Management Services Sdn. Bhd. dan seorang jurufoto dari Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn. Bhd.
GAMBAR 11. Antara peserta kursus Digital Journalism Workshop.

gambar 2

2. Salah seorang tenaga pengajar berpengalaman untuk kursus tiga hari ini ialah Encik Zainal Halim, Pengarang Foto, The Malaysian Insider.

gambar 3

3. Encik Mohammed Hazli b. Mohammed Hassan, Penolong Pengarang Berita Utusan Online, Utusan Malaysia bersama salah seorang peserta sedang membuat pembentangan kerja merakam video dalam sesi multimedia.

gambar 4

4. Sesi terakhir kursus, Puan Hasnah bt Mohd. Saleh, Munsyi Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka menerangkan teknik/kaedah Penulisan Berkesan di Laman Web / Blog & Penggunaan Tatabahasa yang betul dan sesi ini telah mendapat sambutan menggalakkan dari para peserta.

Rata-rata peserta memuji kursus pertama anjuran MPI ini agar diteruskan lagi pada masa akan datang dengan menambahbaik modul dan juga penceramah yang bermutu.