Dilantik Ketua Hakim Rencana Pelancongan Terbaik APM

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI), Datuk Chamil Wariya dilantik sebagai Ketua Hakim bagi Kategori Rencana Pelancongan Terbaik Anugerah Pelancongan Malaysia (APM) 2012/2013 anjuran Tourism Malaysia, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Pelantikan ini dibuat oleh Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab dalam sepucuk surat bertarih 17 Julai 2013.

Tekan sini untuk surat pelantikan.

Tekan sini untuk barisan panel hakim.

Kategori Rencana  Pelancongan Terbaik Mengenai Malaysia adalah salah satu daripada 12 kategori APM yang diadakan dua tahun sekali itu.

Bagi 2012/2013, Kategori Rencana Pelancongan Terbaik menerima 83 penyertaan, dari dalam dan luar negara .

Pecahan penyertaan adalah seperti berikut:

Rencana Tempatan Terbaik (Bahasa Melayu) – 28

Rencana Tempatan Terbaik (Bahasa Inggeris) – 16

Rencana Tempatan Terbaik (Bahasa Mandarin) – 3

Rencana Media Asing Terbaik – 30

Blog – 6

Tekan sini untuk senarai kategori yang dipertandingkan.

Tekan sini untuk jumlah rencana dan pencalonan diterima.

Mesyuarat pertama panel hakim dipengerusikan oleh Chamil telah diadakan pada 3 Oktober 2013. Mesyuarat kedua untuk menilai karya-karya kewartawanan yang menyertai APM dijangka diadakan pada Disember 2013.

Hadiah kepada para pemenang APM akan disampaikan pada satu majlis yang akan diadakan pada 20 Februari 2014. Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak dijangka menjadi tetamu kehormat majlis yang akan diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur.

Bagi Chamil, ini adalah kali kedua beliau diberi kepercayaan oleh Tourism Malaysia untuk bertindak sebagai Ketua Hakim Rencana Pelancongan Terbaik. Kali pertama ialah pada APM 2011/2012.