Forum Media Kebangsaan 2017 persiapkan wartawan hadapi Revolusi Industri 4.0

Hampir seratus pemimpin editorial, wartawan, pengamal media dan ahli akademik berkumpul di Forum Media Kebangsaan berlangsung di Hotel UiTM, Shah Alam pada 28 September lalu membicara dan membincangkan persiapan menjelang Revolusi Industri 4.0.

Wacana ilmu ini kali keempat dianjurkan oleh Malaysian Press Institute (MPI) dengan kerjasama Institut Pengajian Kewartawanan (IJS), UiTM sejak dimulakan pada 2014. Bertepatan dengan tema “Cabaran Kewartawanan dan Media dalam Era Industri 4.0”, perbincangan forum kali ini bertumpu kepada Revolusi Industri 4.0 dan impaknya pada profesion kewartawanan, usaha membina keyakinan dalam kalangan media pada Era Pasca Kebenaran dan perancangan media menghadapi Transformasi Nasional 50.

Antara tokoh akademik, peneraju editorial dan ilmuwan kewartawanan yang hadir dan mengambil bahagian dalam forum ini termasuklah Dr. Akmar Hayati Ahmad Ghazali dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM; Kamarul Bahrin Haron, Timbalan Ketua Pengarang, Astro Awani; dan Johanna A. Sobrey,           Penolong Pengarang Ekonomi, KOSMO! membentangkan tajuk sesi pertama, “Transformasi Nasional 50 : Di manakah Media Kita”. Ia dipengerusikan oleh Ahmad Farami Abdul Karim, Pensyarah/Felo dari Institut Pengajian Kewartawanan (IJS), UiTM selaku moderator.

Sesi kedua dikendalikan oleh Prof. Dato’ Dr. Adnan Hussein, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Pembangunan, USM selaku moderator manakala ahli-ahli panelnya ialah Datuk Zulkefli Hamzah, Pengarang Utusan Malaysia dan Prof. Madya Dr. Ali Salman dari Pusat Penyelidikan Impak Media & Industri Kreatif, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, UKM membincangkan tajuk “Membina Keyakinan dalam kalangan Media pada Era Pasca Kebenaran”.

Sebelah petang, tajuk teras iaitu “Revolusi Industri 4.0 dan Impaknya pada Profesion Kewartawanan” dibincangkan pada sesi terakhir, dipengerusikan oleh Datuk Abdul Jalil Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif, The New Straits Times Press Malaysia Berhad dan ahli-ahli panelnya terdiri daripada Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, Pengarah, Institut Kajian Etnik (KITA), UKM dan Gamal Nasir Mohd. Ali, Pengarang Kanan Mega, Utusan Malaysia.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YB Datuk Jailani Johari turut menjayakan forum dengan menyampaikan Bicara Makan Tengahari mengenai peranan dan tanggungjawab media. Sebelum berakhir, Pengarah IJS, Mohd. Amirul Akhbar Mohd. Zulkifli merumuskan mesej penting forum, antaranya; aspek kewartawanan kini berdepan cabaran besar terutama skop pekerjaan yang memerlukan pelbagai tugas, tanggungjawab dan komitmen seiring dengan kemudahan teknologi moden. Bagaimanapun, dalam pada media baharu atau digital berfungsi menyebarkan maklumat kepada umum dalam masa singkat, kepercayaan awam masih pada media tradisional atau konvensional yang dapat memberi analisis, ulasan dan penjelasan secara lebih menyeluruh.

FOTO-FOTO SEKITAR FORUM :

ForumMedia2017 16

Pendaftaran : Puan Sri Diah Pengurus Besar Grup Buku Karangkraf (paling kiri), antara peserta terawal yang hadir.

ForumMedia2017 17

Pendaftaran : Dato’ Baharom Mahusin, Pengarang KOSMO! (paling kanan) turut hadir mendaftar dan menyertai forum.

ForumMedia2017 18

Pendaftaran : Puan Selvarani , pensyarah dari USIM (berbaju kot hitam-merah) mengetuai rombongan pelajarnya dari USIM.

ForumMedia2017 19

Rakan-rakan akademik bertemu di forum . Dari kiri; En. Mohd. Amirul Zulkifli (IJS, UiTM), Dr. Khairuddin Othman (Universiti HELP) dan En. Ahmad Farami (IJS, UiTM).

ForumMedia2017 20

Wakil editorial dari Kumpulan Karangkraf, dari kiri Pn. Sri Diah dan Datuk Abdul Jalil Ali bersama Cik Pauzan Ab. Majid dari Jabatan Penerangan turut hadir.

ForumMedia2017 21

Datuk Zulkefli Hamazah, Pengarang Utusan Malaysia (kanan) tertarik mendengar sesuatu yang dijelaskan oleh En. Muhamad Mat Yakim, Pengarang Warta (kiri).

ForumMedia2017 22

Dato’ Baharom Mahusin, Pengarang KOSMO! (kanan) dan En. T. Selva, Pengarang Perunding Kanan Latihan, The STAR saling bertanya khabar.

ForumMedia2017 01

Dewan dipenuhi peserta dan tetamu forum.

ForumMedia2017 02

Dari kiri, sesi 1 dikendalikan oleh : En. Ahmad Farami dari IJS, UiTM sebagai moderator . Diikuti ahli panel : Pn. Johanna A. Sobrey (KOSMO!), Dr. Akmar Hayati (UPM) dan En. Kamarul Bahrin Haron (Astro AWANI).

ForumMedia2017 03

Sesi 2 dipengerusikan oleh Prof. Dato’ Dr. Adnan Hussein dari USM (tengah) dan ahli panelnya ialah: Prof. Madya Dr. Ali Salman dari UKM (kiri) dan Datuk Zulkefli Hamzah dari Utusan Malaysia (kanan).

ForumMedia2017 04

Sesi akhir dipengerusikan oleh Datuk Abdul Jalil Hamid dari NSTP (tengah) dan ahli panelnya ialah: En. Gamal Nasir Mohd. Ali dari Utusan Malaysia (kiri) dan Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin dari KITA, UKM (kanan).

ForumMedia2017 05

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YB Datuk Jailani Johari (tengah) turut hadir menjayakan forum.

ForumMedia2017 06

YB Datuk Jailani Johari ketika menyampaikan Bicara Makan Tengahari mengenai peranan dan tanggungjawab media.

ForumMedia2017 07

Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Dr. Chamil Wariya (kanan) menyampaikan cendera hati kepada YB Datuk Jailani Johari kerana sudi hadir menjayakan forum kali ini

ForumMedia2017 08

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YB Datuk Jailani Johari merakam kenangan bersama para peserta dan ahli panel forum. Turut kelihatan, bermula enam dari kiri : Datuk Zulkefli Hamzah (Utusan Malaysia), Datuk Abdul Jalil Ali (Kumpulan Karangkraf), Datuk Dr. Chamil Wariya (MPI), Dr. Khairuddin Othman (Universiti HELP), Prof. Dato’ Dr. Adnan Hussein (USM) dan Pn. Sri Diah (Kumpulan Karangkraf). Barisan belakang, kelihatan En. T. Selva (The Star), En. Muhamad Mat Yakim (Warta), Prof. Madya Dr. Ali Salman (UKM), Prof. Madya Dr. Mohd. Yusof Abdullah (UKM) dan En. Armin Azhari (DBP).

ForumMedia2017 09

Pelajar-pelajar UiTM tidak lepaskan peluang beramah-mesra dengan YB Datuk Jailani Johari.

ForumMedia2017 10

YB Datuk Jailani Johari dikerumuni wartawan liputan sebaik selesai Bicara Makan Tengah Hari.

Antara peserta/tetamu yang bertanyakan soalan :

ForumMedia2017 11

Dr. Khairuddin Othman, Dekan Fakulti Komunikasi, Univ. HELP

ForumMedia2017 12

Prof. Madya Dr. Mohd. Yusof Abdullah, Pengerusi Pusat Penyelidikan Impak Media & Industri Kreatif, UKM

ForumMedia2017 13

Esther Ng, Editor Sunday STAR

ForumMedia2017 14

Dr. Hamisah Zaharah Hasan, Ketua Jabatan Komunikasi, UPM

ForumMedia2017 15

Dr. Saraswathy Chinnasamy, Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi & Pengajian Media, UiTM

ForumMedia2017 23

Yiswaree Palansamy, Wartawan Kanan Malay Mail Online.