Featured
Kursus Media Training MAHB menarik

Kursus Media Training MAHB menarik

Awesome! Itu antara komen yang diberikan oleh salah seorang peserta kursus Media Training anjuran Malaysian Press Institute (MPI) untuk Pengurusan Kanan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) pada 17 Disember 2019 lalu yang diadakan di Sama-Sama Hotel, KLIA.

Kursus yang dihadiri oleh Pengurusan Kanan MAHB dan beberapa Pengurus Airport dari Tawau, Sibu, Bintulu, Sandakan, Lahad Datu dan Kota Bharu telah mendapat intipati membina bagaimana untuk berhubungan dengan media.

Kursus sehari dikendalikan oleh personaliti TV tersohor yang merupakan mantan Ketua Pengarang Astro AWANI, Suhaimi Sulaiman yang berpengalaman luas dalam bidang penyiaran telah menurunkan tip-tip berguna bagi meningkatkan tahap keyakinan apabila berhadapan dengan kamera kepada para peserta disamping berkongsi pembentangan kes / tugasan berkaitan bit kehidupan sebenar MAHB dalam setiap latihan diberikan.

Rata-rata peserta berpendapat kursus seperti ini perlu diulang selalu supaya minda mereka sentiasa segar dalam menerima perkembangan terkini media lebih-lebih lagi dalam era digital. Kursus sehari yang diperuntukkan memang tidak cukup kerana pengisiannya yang sangat sarat dengan ilmu media. Kursus ini sangat bermanfaat dan berharap agar ianya diadakan lagi pada masa akan datang.