Kursus
GEMBIRA DAN TERUJA MENGHASILKAN VIDEO DALAM TELEFON PINTAR

GEMBIRA DAN TERUJA MENGHASILKAN VIDEO DALAM TELEFON PINTAR

Tidak perlu model telefon bimbit terkini atau aksesori hebat, sebaliknya apa yang penting adalah hasil akhir laporan berita atau penceritaan berkualiti tinggi yang dinantikan. Itu antara pengenalan yang disampaikan oleh penceramah kepada para peserta kursus.

Kursus dua hari anjuran Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Malaysian Press Institute (MPI) telah dibimbing oleh penceramah berpengalaman Encik Faizal Zakaria, mantan Pengarang Prosesan, KOSMO! dan dibantu oleh dua orang pembantu jurulatih.

Kursus berlangsung pada 17 dan 18 Februari 2020 di Bilik Latihan, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya dihadiri seramai 34 pegawai dan kakitangan BPH yang terdiri dari pelbagai unit PRO, operasi dan unit-unit lain yang banyak terlibat dengan program dan komuniti penduduk dikuarters kerajaan, rumah peranginan dan transit disekitar Putrajaya berasa sangat teruja apabila dapat menghasilkan video yang menarik diakhir kursus.

Rata-rata peserta yang zero knowledge pada asalnya berpendapat kursus ini merupakan satu pengetahuan baru yang berbaloi perlu untuk semua orang tahu. Kesimpulannya kursus ini perlu diadakan sentiasa agar peserta tidak ketinggalan dengan teknologi terkini yang ada dipasaran.

Pegawai-Pegawai di Jabatan Perdana Menteri menghadiri kursus.
Encik Faizal Zakaria, mantan Pengarang Prosesan, Kosmo! dijemput selaku penceramah dalam mengendalikan kursus.
Peserta dibahagi kepada beberapa kumpulan untuk sesi latihan praktikal.
Encik Thurairaj a/l Gan Kim Chuan dari SPBK menerangkan hasil kerja kumpulan yang diwakili mereka.
Peserta mendapat tunjuk ajar dari pembantu jurulatih, Puan Arziana Mohmad Azaman untuk sesi praktikal “Mobile Journalism” iaitu bagaimana menghasilkan video melalui telefon bimbit  dengan baik sekali.
Berbagai pertanyaan diajukan kepada seorang lagi pembantu jurulatih, Encik Badruldin Zakaria dalam menghasilkan video yang menarik.
Kumpulan terbaik dalam menghasilkan video melalui telefon pintar dengan tajuk Picisan Jiwa bergambar bersama penceramah sebaik menerima hadiah mereka.