Hadiah Media MIDA 2017 tawar ganjaran RM30,000

Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50 Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pada  tahun ini, MIDA menganjurkan Anugerah Media MIDA 2017 bagi memberi penghargaan dengan mengiktiraf karya-karya kewartawanan terbaik atau pelaporan berita yang berkait dengan fungsi, peranan dan kejayaan MIDA.

Majlis penganugerahan ini akan berlangsung di Jamuan Gala MIDA pada 30 September 2017 bertempat di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Tiga kategori diperkenalkan iaitu Anugerah Media Cetak dan Portal Berita Online; Anugerah Media Elektronik Penyiaran TV dan Video Portal Berita; dan Anugerah Fotografi.

Hadiah berupa wang tunai keseluruhan berjumlah RM 30,000 ditawarkan kepada pemenang. Pemenang utama bakal membawa pulang wang tunai RM5,000 ; diikuti pemenang kedua RM3,000 dan pemenang ketiga RM2,000 tajaan MIDA.

Menariknya penganjuran anugerah ini turut dibuka penyertaannya kepada wartawan warganegara sepenuh masa ; wartawan bukan warganegara dan wartawan yang telah bersara tetapi memenuhi syarat-syarat penyertaan yang telah ditetapkan.

Tempoh bahan penyertaan yang telah disiar dan diterbitkan mulai 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2016 layak dipertandingkan.

Untuk makluman lanjut, klik pautan dibawah :

  1. Syarat-syarat penyertaan
    Rules & Regulations
  2. Borang penyertaan
    Entry Form

Tarikh tutup penyertaan pada 10 September 2017. Rebut peluang menang!