HADIAH KEWARTAWANAN MALAYSIA 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa penyertaan Hadiah Kewartawanan Malaysia 2016 MPI PETRONAS (HKM 2016) telah dibuka.

Sebanyak 20 kategori yang dipertandingkan, termasuk penambahan 1 kategori, iaitu kategori Tokoh Media Negara.

Tarikh tutup bagi bahan-bahan kewartawanan yang diterbitkan/disiarkan antara 1 Jan 2016 hingga 31 Disember 2016 ialah pada 19 Januari 2017, hari Khamis. Sila pastikan bahan-bahan dihantar mengikut jadual ditetapkan bagi memudahkan kerja-kerja penghakiman.

Berkuatkuasa Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM 2016) atas arahan Ahli Majlis Pentadbir MPI, setiap penyertaan yang dikemukakan kepada pihak Sekretariat HKM 2016 akan dikenakan bayaran penyertaan. Kadar bayaran penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut :

Ahli MPI : RM 100.00 setiap penyertaan
Bukan Ahli MPI : RM 200.00 setiap penyertaan

Mohon para karyawan yang berminat menyemak syarat penyertaan sebelum menghantar penyertaan.

Sila tekan pautan dibawah untuk melihat atau muat turun :

Borang penyertaan

Borang pembayaran penyertaan

Borang penyertaan Tokoh Wartawan Negara & Anugerah Juri Khas

Syarat-syarat dan peraturan penyertaan

Senarai ahli MPI