ANUGERAH
PENYERTAAN HKM 2017 DIBUKA

PENYERTAAN HKM 2017 DIBUKA

logo MPI
KENYATAAN MEDIA MPI

 PENYERTAAN HKM 2017 DIBUKA.

Pengiktirafan tertinggi terhadap karya-karya kewartawanan Malaysia menerusi Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) memasuki edisi ke-37 tahun penganjurannya sejak mula diperkenalkan pada tahun 1980 oleh Institut Akhbar Malaysia (IAM) yang kini dikenali sebagai Malaysian Press Institut (MPI).

Sebanyak 20 kategori dikekalkan dan dipertandingkan dalam Hadiah Kewartawanan Malaysia 2017 (HKM 2017).

Menurut Pengurus Kanan Operasi dan Korporat MPI, Norlida Jamain berkata “Penyertaan HKM 2017 telah mula dibuka mulai 2 Oktober yang lalu dan Sekretariat MPI telah bersedia untuk menerima karya-karya kewartawanan yang telah diterbit dan disiarkan sepanjang tahun 2017 daripada pengamal media tempatan dengan syarat utama wartawan tersebut bekerja sepenuh masa dan pertubuhan medianya berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).”

Norlida menambah “setiap penyertaan akan dikenakan bayaran bergantung kepada pertubuhan media tersebut sama ada berdaftar sebagai ahli MPI atau sebaliknya. Sebagai ahli MPI akan menikmati kadar bayaran pada RM100 manakala bukan ahli perlu membayar RM200 bagi membolehkan penyertaannya diproses oleh Sekretariat MPI.”

“Kami juga mengalu-alukan pencalonan daripada pertubuhan media, IPT atau NGO untuk kategori Tokoh Wartawan Negara, Anugerah Media dan Anugerah Khas Juri dengan mengemukakan profil lengkap calon beserta justifikasi pencalonan. Walaubagaimanapun, jika ada calon yang dinyatakan telah meninggal dunia, penyertaan yang layak adalah dalam tempoh setahun dari tarikh kematian calon tersebut”, ujar Norlida.

Tarikh tutup penyertaan HKM 2017 ialah 16 Januari 2018 dan sebarang penyertaan yang lewat dikemukakan tidak akan dilayan.

Untuk keterangan lanjut sila klik pautan dibawah:

Sedikit imbasan HKM 2016 menyaksikan 291 penyertaan diterima dan sejarah di dalam penganjuran HKM apabila Panel Hakim memutuskan pemenang Anugerah Penyiasatan Cemerlang diangkat sebagai pemenang Hadiah Kajai. Hadiah utama disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 21 April yang lalu pada Malam Wartawan Malaysia 2017.

Majlis penyampaian HKM 2017 akan diadakan pada Malam Wartawan Malaysia dijangka berlangsung pada awal Mei 2018.

Dikeluarkan pada :    3 Oktober 2017, Selasa