IJF 2013 bermula – enam peserta luar turut ambil bahagian

Program International Journalism Fellowship (IJF) 2013 anjuran Malaysian Press Institute (MPI) bermula pada 2 September 2013.

Program sebulan yang disertai oleh lapan belas  orang wartawan muda dunia membangun itu telah dirasmikan oleh Tokoh Wartawan Negara, Datuk A. Kadir Jasin yang juga Ketua Pengarang Berita Publishing, penerbit majalah tersohor di negara ini.

Turut mengikuti program itu adalah enam orang wartawan dari lima negara asing iaitu Bahrain, Sri Lanka, Filipina, Vietnam dan Zimbabwe.

12 lagi peserta adalah dari Malaysia.

Selama sebulan para peserta akan dilatih dengan selok belok kewartawanan, selain di bawa melawat ke tempat-tempat menarik di negara ini.

Para penceramah terdiri daripada para wartawan dan ahli akademik berpengalaman dari dalam dan luar negara.

IJF diperkenalkan pada 2008 dengan sokongan Kementerian Penerangan ketika itu. Sejak dilancarkan, 104 orang wartawan muda negara membangun dari 23 buah negara telah melalui program tersebut.

Tekan sini untuk senarai peserta.

Tekan sini untuk senarai penceramah.

Tekan sini untuk atur cara program.

1. Para peserta IJF 2013 bergambar kenangan selepas majlis perasmian di MPI pada 2 September 2013. 

2. Datuk Kadir A. Jasin  menyampaikan ucapan perasmian.

3. Para peserta IJF berbual mesra dengan Datuk Kadir dan Datuk Chamil selepas majlis perasmian