Infografik cara memukau sampaikan mesej

Infographic Training Workshop anjuran Malaysian Press Institute (MPI) berlangsung di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), Kuala Lumpur selama dua hari pada 8 dan 9 April 2019.

Seramai 14 orang pegawai-pegawai Jabatan Penerangan Malaysia termasuk seorang dari Velesto Energy Berhad tekun mendengar ceramah.
Encik Tung Eng Hwa, Pengurus Kanan, Kandungan Rekabentuk Kreatif dari The Star, bertindak sebagai penceramah untuk kursus tersebut.

Melalui bengkel tersebut para peserta didedahkan dengan cara-cara berkesan untuk menyampaikan maklumat teks dan data yang kompleks dalam bentuk infografik bagi membolehkan para pembaca memahami sesuatu cerita dengan lebih jelas lagi.

Mereka diberitahu bahawa untuk menghasilkan infografik yang memukau penggunaan warna dan tulisan yang padat dan ringkas adalahpenting dalam kerja-kerja penyediaan grafik.

Banyak latihan diberi kepada peserta untuk membantu mereka meningkatkan keberkesanan dari pembelajaran yang diberi oleh pengajar.

 

Salah satu latihan diberikan pada hari pertama kursus
Para peserta tekun membuat lakaran carta yang diarahkan oleh pengajar.
Peserta dari Jabatan Penerangan (dari kiri Encik Idham, Cik Yokananthini dan Encik Anwar) menyampaikan ‘presentation’ mereka.
Encik Ali Baizuri Razali merupakan peserta dari Velesto Energy Berhad
menyampaikan ‘presentation’ pada hari kedua kursus.

Sebelum kursus berakhir para peserta bergambar kenangan dengan tenaga pengajar

Para peserta bergambar kenangan selepas bengkel selesai.