ANUGERAH
Jom Sertai AMP CIDB 2017

Jom Sertai AMP CIDB 2017

***TARIKH TUTUP PENYERTAAN DILANJUTKAN KE 31 JULAI 2017***

Berita baik kepada semua pengamal media tempatan, Anugerah Media Pembinaan CIDB 2017 (AMP CIDB 2017) telah pun dibuka penyertaannya mulai 29 Mei 2017.

Ini merupakan tahun ketiga penganjurannya dalam usaha Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menyemarakkan lagi industri kewartawanan dengan memberi pengiktirafan terhadap karya-karya kewartawanan pembinaan terbaik atau berkait dengan salah satu aspek bidang tugas CIDB, Kementerian Kerja Raya (KKR) dan agensi di bawahnya menerusi pertandingan AMP CIDB 2017.

MPI dilantik sebagai urusetia penghakiman bagi tiga (3) kawasan liputan yang dipertandingkan iaitu Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Ayuh sertainya dan hantar karya-karya anda yang telah disiar dan diterbitkan mulai 31 Julai 2016 sehingga 30 Jun 2017 sahaja.

Sila klik pautan dibawah  untuk keterangan lanjut :

Tarikh tutup penyertaan 31 Julai 2017.  Sebarang pertanyaan ajukan kepada Sekretariat Penghakiman AMP CIDB 2017.

Anda mungkin pemenang yang kami cari dan tunggu apa lagi!..