MPI release
Kebebasan media di Malaysia

Kebebasan media di Malaysia

Malaysia masih belum mencapai tahap demokrasi liberal sepenuhnya. Itu antara komen yang dilontarkan oleh Datuk Dr. Chamil Wariya selaku moderator di program Talk on the Role of Free Press in Liberal Democracy sebaik wartawan bertanyakan pendapat beliau di program anjuran MPI yang diadakan di pejabat MPI di Cyberjaya. 

Program yang berlangsung pada 4 November 2019 telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Prof. Dr. Alexander Görlach yang merupakan Senior Fellow Carnegie Council for Ethics in International Affairs New York, Amerika Syarikat.

Perkongsian ilmu menerusi program yang diinisiatifkan oleh MPI ini sangat bagus kerana peserta dapat mendengar pandangan dan pengalaman dari penceramah jemputan bagaimana kebebasan media berfungsi di negara-negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, Switzerland, Australia, Taiwan dan lain-lain lagi yang kini mengamalkan sistem demokrasi liberal.

Selain itu, penganjuran program ini juga bertujuan untuk bertukar pandangan mengenai media dan masyarakat di negara ini dari perspektif peserta dan di negara Eropah dari perspektif penceramah dan bagaimana caranya jika kebebasan media ini dilaksanakan di Malaysia. Beberapa wakil media dan ahli akademik yang hadir diprogram ini banyak bertanyakan soalan kepada penceramah. Antara media yang hadir adalah dari Astro AWANI, TV AlHijrah, RTM, BERNAMA, Malaysia Nanban, Sinar Harian dan Jabatan Penerangan Malaysia manakala ahli akademik pula ialah Prof. Dato’ Sri Dr. Syed Arabi Idid, Prof Dr. Yahaya Ariffin dan Prof Dr. Mohd Safar Hasim yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah MPI.

Liputan media