Keistimewaan bengkel perhubungan Media MPI

Menjalin hubungan yang baik dengan media adalah satu kemestian bagi para pengamal bidang perhubungan awam dan komunikasi korporat dalam upaya untuk memprojek imej dan jenama entiti korporat masing-masing kepada khalayak.

Menyedari keperluan itu, Malaysian Press Institute atau MPI telah menjadikan bengkel perhubungan media sebagai salah satu latihan teras yang ditawarkan kepada pihak industri.

Setiap tahun mulai 2008, MPI telah mengadakan bengkel tersebut. Ia terbuka kepada pegawai perhubungan awam dan komunikasi korporat.

Sambutan yang diberikan terhadap bengkel anjuran MPI itu cukup menggalakkan.

Tidak kurang 30 orang menyertainya setiap kali ia diadakan.

Selain bengkel terbuka, MPI juga mula mengorak langkah untuk menganjurkan bengkel-bengkel perhubungan media yang khusus untuk syarikat-syarikat tertentu.

Bengkel perhubungan media ini khusus untuk eksekutif kanan Pos Malaysia Berhad, yang diadakan pada 29 Ogos 2012  adalah satu contoh.

Seramai 27 orang pegawai kanan Pos Malaysia mengikuti bengkel itu. Antara yang ikut serta ialah  Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Datuk Khalid Abdol Rahman, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Mohd Shukrie Mohd Salleh,  Ketua Pegawai Operasi PosNiaga, Dato’ Mearia Hamzah, Ketua Pegawai Operasi, PosMel, Bahaman Kamaruzzaman, Ketua Pegawai Operasi PosLaju, Nor Azizan Tarja.

Empat orang penceramah berpengalaman terbabit dalam bengkel itu ialah: Datuk Wong Sai Wan, Eksekutif Editor akhbar The Star, T. Selva (Ketua Pengarang Berita The Star, B.K Sidhu (The Star) dan Yusanani Yushak (bekas wartawan siaran dan penyampai berita Buletin Utama TV3).

Tekan senarai lengkap peserta bengkel dan program bengkel Perhubungan Media Pos Malaysia di sini.

Sebelum itu, bengkel yang sama telah diadakan khusus untuk kakitangan Prasarana Berhad, pegawai-pegawai penerangan jabatan-jabatan kerajaan negeri Sarawak, Malaysia Airport Berhad dan sebagainya.

Keistimewaan program perhubungan media MPI adalah dari segi tenaga penceramah yang terdiri daripada pengarang-pengarang kanan media – akhbar dan televisyen itu sendiri.

Dalam bengkel serupa itu, para peserta bukan sahaja diajar cara mengurus persidangan media, menghasilkan kenyataan media yang memenuhi keperluan media dan cara berkesan mengendalikan media sewaktu krisis.
Mereka juga didedahkan dengan operasi bilik berita dan memahami nilai berita.

Satu lagi keistimewaan bengkel perhubungan media MPI adalah sesi berhadapan dengan kamera televisyen supaya eksekutif kanan syarikat kelihatan tampil dan berwibawa apabila muncul di kaca TV. Sesi khas ini dikendalikan oleh Yusanani Yushak bekas penyampai berita dan wartawan siaran TV3.

Sesungguhnya,  bengkel perhubungan media MPI ini memberi pengamal perhubungan awam dan komunikasi korporat panduan-panduan yang berguna untuk menjalin hubungan yang intim dengan media.

Hubungi  mpi.my untuk keterangan lanjut. Atau telefon Puan Norhafizah Kamaluddin  pada nombor berikut: 03 – 20952013/2014.