Kenali MyCC dan Ketahui Apa Itu Akta Persaingan 2010

Program Media Training on Competition Law  anjuran bersama Malaysian Press Institute (MPI) dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah dihadiri seramai 38 orang peserta yang terdiri daripada editor dan wartawan dari MediaPrima Berhad, BERNAMA, RTM, KOSMO, Sinar Harian, The Star, The Sun, New Straits Times, Dewan Bahasa & Pustaka, Amanie Media, Sin Chew Daily dan Nanyang Siang Pau. Program berdurasi satu hari ini telah diadakan di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur pada 8 November 2018.

Program telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh tetamu kehormat iaitu Pengerusi MyCC, YBhg. Dato’ Seri Mohd Hishamudin Md. Yunus. Di dalam ucapannya, beliau telah memberi sedikit pengenalan mengenai MyCC serta peranan suruhanjaya tersebut disamping mengalu-alukan para wartawan dan media untuk bersama-sama mereka dalam menjalankan fungsi-fungsi MyCC dengan lebih berkesan.

Seterusnya, pengenalan serta informasi yang lebih terperinci mengenai penubuhan serta peranan MyCC dan garis-garis panduan yang termaktub di dalam Akta Persaingan 2010 telah disampaikan oleh Encik Iskandar Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, di dalam slot Up, Close and Personal with MyCC.

Slot ini diteruskan lagi dengan seorang lagi penceramah iaitu Encik Zairan Ishak, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasaan MyCC, yang telah berkongsi secara teori bagaimana sesebuah kartel boleh meletakkan sesuatu keputusan bagi kepentingan peniaga dan pengguna seperti contoh bagaimana harga siling sesuatu produk ditetapkan dan sebagainya. Beliau juga turut berkongsi pengalaman bagaimana kes-kes yang melibatkan Akta Persaingan 2010 ini dikendalikan oleh MyCC.

Seterusnya, peserta diberikan kuiz ringkas bagi menguji kefahaman mengenai MyCC dan Akta Persaingan 2010 dan kesemua yang menjawab soalan telah berjaya memberikan jawapan yang tepat. Para peserta yang berjaya telah mendapat cenderahati khas dari MyCC.

Tidak hanya berada didalam dewan sepanjang program, slot Let’s Experiment!  membawa para peserta keluar dari kawasan hotel. Peserta dibahagikan kepada 9 kumpulan dan seterusnya dikehendaki untuk menemuramah orang ramai di sekitar hotel dan KL Sentral mengenai MyCC. Mereka hendaklah mendapatkan seberapa banyak responden dari orang ramai dalam masa 30 minit.

Program diteruskan lagi dengan perkongsian oleh Encik Krishnamoorthy Muthaly, pensyarah jurusan kewartawanan Universiti Xiamen dan wartawan bebas, pada slot Be a Sherlock Holmes. Penceramah telah berkongsi ilmu berkenaan mengenai laporan penyiasatan dan bagaimana ia dapat membantu wartawan mendapatkan laporan yang tepat.

Slot terakhir sebelum bersurai, B-Roll – Let’s Share, peserta dikehendaki berkongsi responden yang mereka peroleh pada slot Let’s Experiment!. Turut bersama dalam slot ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Encik Iskandar Ismail serta sekretariat MyCC dan MPI. Pelbagai responden menarik yang dibentangkan oleh para peserta sepanjang slot ini. Hasilnya, para peserta dapat mengenali MyCC dengan lebih baik disamping ilmu mengenai Akta Persaingan 2010 dan kewartawanan penyiasatan.

YBhg. Dato’ Seri Mohd Hishamudin Md Yunus, Pengerusi MyCC menyampaikan ucaptama pada awal program.
Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Encik Iskandar Ismail di dalam slot Up, Close and Personal with MyCC
Encik Zairan Ishak, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasaan MyCC.
Dari kiri: Encik Zairan Ishak, Ketua Penolong Bahagian Penyiasatan & Penguatkuasaan, Encik Iskandar Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Dato’ Seri Mohd Hishamudin Md Yunus, Pengerusi MyCC dan Puan Noorliza Abd Latif, Ketua Bahagian Perhubungan Korporat.
Encik Krishnamoorthy Muthaly dalam slot beliau, Be a Sherlock Holmes.
Senyuman teruja! Antara peserta yang berjaya menjawab soalan kuiz MyCC dengan tepat.
Para peserta dan orang awam di sekitar KL Sentral yang ditemuramah pada slot Let’s Experiment!
Bersemangat. Para peserta dalam membentangkan responden-responden yang diperoleh semasa slot Let’s Experiment!
Foto kenangan peserta bersama dengan Pengerusi MyCC, Dato’ Seri Mohd Hishamudin Md Yunus.