KERAJAAN SARAWAK ANJUR KURSUS DAN CETAK BUKU PANDUAN PERHUBUNGAN MEDIA

Unit Protokol dan Perhubungan Awam Negeri dengan kerjasama Malaysian Press Institute (MPI) telah mengadakan satu bengkel kepada Pegawai Perhubungan Awam dari pelbagai agensi kerajaan negeri dan juga Kementerian di bawah Jabatan Ketua Menteri Sarawak pada 8 Disember 2017 bertempat di Hotel Grand Margherita Kuching, Sarawak.

1. Antara peserta dari Jabatan Ketua Menteri Sarawak yang hadir sedang khusyuk mendengar ceramah berkenaan buku panduan Perhubungan Media.

Bengkel sehari dengan tajuk Perhubungan Media ini diadakan bertujuan untuk menjelaskan tentang buku panduan Perhubungan Media tersebut kepada pegawai Perhubungan Awam negeri Sarawak yang dihadiri seramai 21 orang sebelum ianya dicetak dan diedarkan sebagai bahan rujukan. Antara kandungan yang terdapat dalam buku panduan Perhubungan Media ini ialah:-

i) Getting Intimate with the newsroom;
ii) Establishing a lasting relationship with the media;
iii) Writing an effective Press Release;
iv) Handling the media in crisis;v) What is news?
vi) Handling Radio Interviews;
vii) Online news portal;
viii) Video and Visual Communication.

2. Penceramah, Encik T. Selva, Pengarang Perunding Kanan Latihan & Hal Ehwal Perundangan, The Star sedang menyampaikan ceramah beliau yang merangkumi lapan topik tersebut dengan penuh bersemangat.
3. Para peserta bergambar kenangan pada hari terakhir bengkel bersama penceramah.