Kumpulan NSTP bolot 7 anugerah utama

Meraikan kalangan pengamal media yang berpengkalan di Sabah, penaja utama Shell Malaysia berterusan menyokong penganjuran Kinabalu Shell Press Award (KPSA) sejak diperkenalkan pada tahun 1994.

Ini merupakan tahun ke-23 penganjuran majlis yang bertujuan mengiktiraf karya-karya kewartawanan pengamal media Sabah khususnya mendapat kerjasama daripada Kerajaan Negeri Sabah.

Sabah Journalist Association bertindak selaku penganjur rasmi menerusi ucapan aluan Presidennya, Encik Muguntan Vanar mengakui bahawa kualiti penulisan dan pelaporan yang diterima pada tahun ini meningkat dengan jumlah penyertaan yang dinilai oleh para hakim sebanyak 293.

Beliau juga berharap agar karyawan-karyawan muda turut mengambil peluang dengan menghantar penyertaan masing-masing untuk dinilai, bagi mengelakkan kemenangan terus didominasi oleh pengamal media yang lebih ‘senior’.

Kehadiran Ketua Menteri Sabah, YAB Tan Sri Musa Aman turut memberi petanda jelas bahawa beliau senantiasa menyokong dan menghargai khidmat serta sumbangan para pengamal media yang bertindak sebagai perantara dalam menjayakan hasrat Kerajaan Negeri Sabah menerusi pelaporan berita.

Turut sama hadir Datuk Iain Lo, Pengerusi Shell Malaysia dan YB Datuk Joniston Bangkuai, Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah.

Kumpulan NSTP menang besar dengan membolot 7 anugerah utama yang dipertandingkan dalam KPSA menerusi tiga kemenangan milik Berita Harian,  jurugambar NSTP menang dua kategori dan masing-masing satu anugerah dimenangi oleh New Straits Times dan Harian Metro.

 

RAKAMAN GAMBAR-GAMBAR

Keterangan gambar:

  1. Gambar kiri : Presiden SJA, Encik Muguntan Vanar menyampaikan ucapan alu-aluannya
  2. Gambar kanan :  Pengerusi Shell Malaysia, Datuk Iain Lo turut diberi penghargaan menyampaikan ucapan beliau. Shell merupakan penaja utama Kinabalu Shell Press Award.

 

Keterangan gambar:

1. Gambar kiri : YAB Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman menyampaikan amanat dan penghargaan beliau dan Kerajaan Negeri Sabah kepada pengamal media tempatan Sabah.
2. Gambar kanan : Pengerusi SJA, Encik Muguntan Vanar (kanan sekali) menyampaikan cenderahati berupa “collage” keratan-keratan akhbar dan portal berita kepada YAB Tan Sri Musa Aman. Turut berada di pentas utama ialah Encik Ian Lim, Pengurus Besar Sabah Shell dan Datuk Iain Lo, Pengerusi Shell Malaysia.

 

Keterangan gambar: Para pemenang utama kategori Journalism Award (Feature & News Feature), Broadcast Journalism Award dan Best News Photograph Award bergambar kenangan bersama tetamu kehormat.

Keterangan gambar : Para tetamu dihiburkan oleh Sakinah – nama yang hangat di media sosial dalam kalangan warga Sabah menyampaikan persembahan sketsa bersama 6 orang pengamal media, di mana 3 daripadanya telah berubah “wajah”.

Keterangan gambar: Menang dan mereka telah mencatat kecemerlangan untuk rekod peribadi atau karier masing-masing sebagai pengamal media. Tahniah!

Keterangan gambar: Bangga!.Kepuasan diri terserlah apabila tersenarai antara pemenang Kinabalu Shell Press Award.