Kursus Asas Kewartawanan MPI – rakaman gambar-gambar

Kursus asas kewartawanan anjuran Malaysian Press Institute (MPI) khusus untuk pegawai-pegawai Jabatan Penerangan Malaysia berlangsung selama lima hari pada 18 hingga 22 Mac 2018.

15 peserta mengikuti program yang berlangsung di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) di Angkasapuri Kuala Lumpur itu.

Sepanjang mengikuti kursus tersebut para peserta telah didedahkan dengan selok belok kewartawanan meliputi penulisan berita, penulisan rencana, media dan undang-undang, memahami Perlembagaan Persekutuan dan tiga kuasa negara, kewartawanan multimedia dan fotografi.

Perunding kewartawanan, Datuk Baharom Mahusin bertindak sebagai moderator dan pengajar utama kursus asas kewartawanan tersebut.

Turut memberi ceramah ialah Profesor Madya Dr. Jeniri Amir (Universiti Malaysia Sarawak), Profesor Madya. Shamrahayu A. Aziz (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), Prof. Datuk Salleh Buang (UTM / Kolumnis, NST),  Encik Mohd. Hazli Hassan (Sibermedia Sdn. Bhd) dan Encik Zainal Halim (Malaysian Insight).

Hari Pertama sesi dimulakan dengan Kewartawanan Multimedia oleh Encik Mohd. Hazli Hassan

Sesi kedua hari pertama diteruskan dengan Encik Zainal Halim dengan Kewartawanan Foto.

Hari Kedua sesi Penulisan Rencana & Naratif oleh Prof. Madya Dr. Jeniri Amir.

Prof. Datuk Salleh Buang menyampaikan Media & Undang-Undang pada hari ketiga

Prof. Madya Shamrahayu menyampaikan ceramah mengenai Memahami Perlembagaan Persekutuan.

Latihan kepada peserta Encik Nor Fakruddin Abd Rashid untuk Sidang Akhbar & Temuramah ketika sesi Datuk Baharum Mahusin pada hari terakhir kursus.

Datuk Baharom Mahusin menyampaikan sijil kepada Cik Nurul Azreen Zulkifli salah seorang peserta kursus.

Bergambar kenangan di akhir kursus bersama Moderator dan peserta.