Kursus Digital & Multimedia tarik minat pegawai penerangan & wartawan

Bengkel Kewartawanan Digital dan Multimedia anjuran Malaysian Press Institute berlangsung  di Hotel Holiday Villa Subang Jaya dari 19 hingga 21 Februari 2019 yang lalu.

24 peserta terdiri daripada media dan pengamal komunikasi korporat telah mengikuti bengkel tersebut. Mereka terdiri dari 8 pegawai Penerangan Malaysia, empat dari Kerajaan Negeri Kedah, tiga dari The Sun, empat dari The New Straits Times Press dan seorang  masing-masing dari Media Prima, NTV7, Nanyang Siang Pau, Sinar Harian dan BERNAMA.

Tiga penceramah berpengalaman telah menjayakan bengkel tersebut.  Mereka  ialah Encik Zainal Abdul Halim, Jurufoto Professional / bekas  jurufoto Reuters, Encik Asyraf Hamdi Dusuki, Ketua Pegawai Eksekutif IDEAID Sdn. Bhd dan Encik Ahmad Shaifullizam Arshad (GBAM), Pengarah, GBAM Production Sdn. Bhd.

 

Dimulakan dengan Encik Zainal Abdul Halim ‘Digital Photography & Photoshop Indesign’

Encik Asyraf Hamdi Dusuki pada hari kedua sebelah pagi ‘Pengenalan Platform Digital’

Encik GBam dengan sesi hari kedua mengenai ‘Video Production’ dan ‘News Online Web’

Peserta dibahagi kepada beberapa kumpulan dan diberi tugasan untuk membuat video

Kumpulan 5 memenangi hadiah wang tunai dalam menghasilkan tugasan video terbaik

Bergambar kenangan dan penyampaian sijil para peserta di akhir kursus